in , ,

Naufal Azrin & Nuha Bahrin Ajak Peminat Hayati Lagu Religi Berjudul IKTIRAF

Sempena meraikan bulan Ramadan yang mulia ini, penyanyi popular Naufal Azrin dan Nuha Bahrin melancarkan buah tangan istimewa buat peminat.

Lebih istimewa, pasangan duo yang terkenal menerusi lagu CASABLANCA ini tampil dengan lagu berjudul Iktiraf sebagai santapan rohani pendengar sepanjang bulan yang penuh dengan kemuliaan, kesyukuran dan keberkatan ini.

Menurut Nuha, Iktiraf mengajak seluruh umat Islam di dunia untuk sentiasa mengingati-Nya dalam setiap ujian atau cabaran yang ditempuh.

“Saya percaya ramai yang kenal dan tahu mengenai Iktiraf ini. Doa ini antara yang sering kita dengar atau baca setiap kali berdepan kesulitan. Doa ini mengingatkan kita untuk sentiasa mendekatkan diri kepada Maha Pencipta supaya jangan berhenti berdoa dan memohon keampunan daripada-Nya.

“Sebagai hamba kita perlu sentiasa muhasabah dan bertaubat memperbaiki diri kerana keampunan Allah SWT adalah matlamat yang ingin dicapai setiap mukmin,” katanya.

Tambah Nuha, dia berasa bersyukur apabila proses rakaman lagu Iktiraf berjalan dengan lancar dengan bantuan pasukan produksi yang hebat.

“Alhamdulillah proses rakaman lagu ini berjalan dengan lancar. Dengan bantuan Naufal serta setiap individu yang terbabit dalam lagu ini segalanya berjalan dengan mudah.

“Saya harap peminat akan menyukai lagu yang dibawakan ini dan sama-sama kita rebut dan gandakan pahala di bulan penuh kemuliaaan ini,”katanya.

https://flic.kr/p/2or5Mw3

Sementara itu, Naufal pula berkata, dia berharap lagu yang diinspirasikan dari doa Abu Nawas terbitan Beegood Music, Masyhur dan Universal Music Malaysia ini dapat memberi keinsafan kepada setiap yang mendengar.

“Allah SWT sentiasa membuka pintu taubat seluas-luasnya terhadap hamba yang mengaku kekhilafan dan berusaha memperbaiki kesilapan itu. Sebesar mana sekalipun dosa dilakukan seseorang itu, Allah SWT sentiasa memberi ruang mereka bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

“Jadi saya harap lagu yang dibawakan ini dapat menjentik hati setiap insan, lebih-lebih lagi kepada sesiapa yang ingin berubah ke jalan kebaikan,”katanya.

Naufal Azrin & Nuha Bahrin Ajak Peminat Hayati Lagu IKTIRAF

Ditanya mengenai pengalaman ketika menjalani proses rakaman video muzik Iktiraf, Naufal berkata, proses rakaman lagu dan muzik video dibuat dalam tempoh satu hari.

“Proses rakaman dan muzik video dibuat pada hari yang sama. Kami tidak berdepan sebarang kesukaran untuk membawakannya. Malah ketika merakamkan lagu ini kami berdua berasa bertuah sekali kerana dapat mengajak pendengar dan peminat untuk menghayati lagu ini dengan hati terbuka,” katanya.

Tambahnya, dia berharap Iktiraf dapat menjadi lagu doa wajib untuk didengari setiap kali berdepan kesulitan mahu pun pada bila-bila masa.

Iktiraf sudah boleh didengari di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music manakalah muzik video Iktiraf yang berdurasi 2 minit 55 saat ini sudah boleh ditonton di YouTube Masyhur sejak 28 Mac lalu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Tak Pernah Bangun Sahur Dikecam, Reen Rahim Hilang 1.6 Juta Pengikut

FARID KAMIL RAMBUT PANJANG

“Kenyataan Diana Yang Dipaparkan Bercanggah Dengan Laporan Polis”