Lewat kesempatan itu, dia berpeluang menjadi artis pembuka konsert bintang-bintang tersohor seperti Bruno Mars, Usher dan juga penyanyi kesayangan Malaysia, Siti Nurhaliza.
Berdarah kacukan Jerman dan Malaysia, gadis 23 tahun yang jelita dan berbakat itu kini sudah bersedia untuk mengukuhkan lagi kedudukannya dalam dunia seni hiburan dengan pengenalan album terbaharunya berjudul ‘Still Standing’.
Projek yang mengambil masa sekitar setahun lebih itu merupakan karya yang amat dekat dengan hatinya. Natasha Sass jelaskan bahawa, perjalanan album ‘Still Standing’ adalah satu kembara yang indah.
Dia mula bekerja untuk album ini pada awal 2022, ketika itu Natasha Sass menulis dan mencipta lagu untuk berhari-hari hingga begitu banyak yang ingin dia kongsikan dengan dunia sejagat. Album ini dekat dengan hatinya kerana ia mengisahkan kematangan, kehidupan, cinta serta permulaan baharu kerjaya muziknya.
Sempat memberi fokus kepada pendidikannya beberapa tahun sebelum ini, Natasha Sass merasakan bahawa sekarang adalah waktu terbaik untuk mengeluarkan album.
Natasha Sass menyatakan bahawa, selepas bertahun mendiamkan diri, dia ingin kembali dengan sesuatu yang lebih teguh dan punya cerita. ‘Still Standing‘ yang bermaksud ‘Tetap Berdiri’ dalam Bahasa Malaysia menceritakan bahawa biarpun kita diberi pelbagai dugaan, kita harus tetap teguh berdiri. Natasha Sass mahu pendengar menikmati lima lagu yang ada iaitu ‘Memory’, ‘Lost Love’, ‘Manusia’, ‘Love Myself Instead’, serta ‘Round and Around’ dan cuba mengenalinya melalui karya-karya ini.
Natasha jelaskan, Ini kali pertama dalam kerjaya muziknya di mana dia diberi peluang 100% untuk terbabit dalam penciptaan serta penulisan lagu. Ini membolehkan dia menjadi dirinya yang sebenar. Setelah selesai menulis, dia masuk ke studio dan serahkan semuanya kepada kehebatan Johan John untuk menyusun muzik. Kami biasanya berbincang tentang bunyi dan unsur yang boleh menghidupkan lagi lagu-lagu tersebut. Dia juga mempunyai harapan tersendiri untuk album ini.
Bintang muda ini menjelaskan bahawa, impiannya buat album ini adalah ia dapat didengari oleh seramai orang yang mungkin dan harap ramai mampu merasakan selain mengenali diri mereka melaluinya.
Itu baginya adalah pencapaian terbesar buat seorang penyanyi, pencipta dan penulis lagu. Sesudah itu barulah dia simpan hasrat untuk memenangi anugerah seperti AIM, AJL dan sebagainya. Kita cipta muzik untuk seni dan insan. Yang lain pasti akan datang juga!
Biarpun mengakui yang dia belum mencapai puncak kerjaya seni muziknya, Natasha Sass percaya bahawa banyak yang laluan harus dijalani dalam hidup sebelum tiba ke titik yang ingin ditujui. Natasha Sass menjelaskan bahawa, kerjaya muziknya tidaklah selalu memuncak namun dia bersyukur untuk semua yang dah dia jalani, termasuk yang baik serta buruk. Ini kerana ia telah membentuknya menjadi lebih bijak dan kuat sebagai seorang manusia.
Kesenangan sebenarnya satu ancaman buat kemajuan berbanding kesusahan! Natasha Sass mengakhiri perbualan dengan positif dengan mengatakan, ini Natasha Sass lebih bersedia tetapi masih dalam proses pembelajaran.
Still Standing akan berada di semua platform digital bermula Jumaat, 24 November 2023.