Mulut orang memang boleh kata apa sahaja. Sebelum ini, Natasha pernah dikatakan akan berkahwin pada 7 Julai 2007 (7-7-2007). Tetapi pelakon filem Chermin ini telah menafikannya. Gosip boleh menaikkan nama selebriti namun, sekiranya tidak berhati-hati, boleh menjatuhkan artis itu sendiri.
Model terkenal Natasha Hudson akan mengakhiri zaman jandanya dengan memilih ahli politik dan perniagaan Datuk Shahrin Zahari sebagai teman hidupnya. Shahrin berusia 31 tahun ini merupakan anak sulung kepada arwah Datuk Zahari, antara pemegang saham terbesar syarikat yang terlibat dengan industri minyak negara Ranhill Berhad.
Shahrin ini juga merupakan AJK Putera Umno dan telah mendapat Pingat Cemerlang Melaka yang membawa gelaran Datuk pada hari keputeraan Gabenor Melaka Tun Khalil Yaakob, tahun lepas.
Shahrin merupakan CEO Verti Global Berhad, dan merupakan jejaka idaman ramai artis dan model terkenal tanahair. Natasha sendiri khabarnya minta cerai kerana lakinya itu tidak berduit, tidak bekerja dan yang lebih utama kerana dia terpikat dengan mamat kaya bernama Shahrin ini.
Shahrin dan Natasha yang kononnya ditangkap berdua-duaan oleh bekas suami dan bekas ibu mertuanya sendiri. Tapi itu cerita lama, entah betul, entah tidak, yang pasti, sekarang ini, AJK Putera Umno bernama Shahrin dan model yang juga janda hangat, Natasha akan berkahwin. Majlis resepsi mereka nanti akan diadakan di banglo kolonial tinggalan penjajah, Carcosa Seri Negara pada 4 Ogos ini.
Apapun, kepada Datuk Shahrin dan Natasha selamat pengantin baru.