in

Nat Geo People Mendedahkan Indentiti On-Air Yang Baru

Bermula 1 Mac 2014, Nat Geo People, Saluran Antarabangsa National Geographic (NGCI) sebuah rangkaian baru, khas untuk menyajikan rencah sebenar kehidupan melalui kisah-kisah hebat insan sebenar serata dunia dengan pendekatan yang lebih mendalam dan tanpa sebarang suntingan – ia akan mendedahkan indentiti on-air barunya di Hypp TV(Saluran 503).

Nat Geo People akan memaparkan kisah-kisah yang menakjubkan mengenai individu-individu luar biasa yang ditemui di serata dunia dalam situasi-situasi genting yang menonjolkan hubungan manusia yang universal dan unik. Ia akan memberi definasi baru kepada explorasi untuk membawa anda secara lebih dekat kepada insan yang teristimewa, meraikan kehidupan dengan insan yang berlainan latar belakang.

Chef Wan strikes a pose in his show East Bites West with Chef Wan

“Nat Geo People adalah saluran gaya hidup terbaru kami dan ia akan mengfokuskan kepada benda yang paling menarik di muka bumi – penghuninya. Ia akan menyajikan kepada para penonton, rasa sebenar kehidupan dengan membawa mereka melalui perjalanan penuh emosi dan pengalaman hidup insan sebenar dengan kisah-kisah benar yang memberi semangat, kejutan, sesuatu di luar jangkaan dan menambat hati . Ini bukan rancangan realiti, ini adalah benar “ ujar Keertan Adyanthaya, Pengurus Besar Fox International Channels.

Rakyat Malaysia akan dapat menikmati program-program yang disiarkan di Nat Geo People termasuk David Rocco’s Dolce India dimana chef selebriti Itali, David Rocco menejelajah India dengan mengambungkan rencah-rencah dan teknik-teknik dari susur-galur Itali.

Mereka juga akan dapat menyaksikan Hook, Line dan Sisters sebuah rancangan yang mengekori dua saudara perempuan yang harus membuktikan kepada bapa mereka yang mereka mampu menangani segala cabaran-cabaran yang sukar dalam penangkapan ikan secara komersial semasa musim ikan salmon Alaska yang ganas.

Para peminat Ishai Golan boleh menyaksikan beliau sekali lagi untuk musim kedua melalui Street Food around the World dimana beliau akan membawa para penonton ke dapur-dapur dunia di serata jalanan, pasar-pasar dan lorong-lorong yang menyajikan makanan-makanan jalanan yang terbaik.

“Juga akan memaparkan selebriti popular Malaysia, Chef Wan, di mana beliau akan menyusuri UK menaiki Winnebago, lengkap dengan dapur professional untuk membaik pulih diet-diet orang British dan mencuba hidangan-hidangan tradisional dengan bahan-bahan dan teknik-teknik ketimuran beliau, “ tambah Keertan.

Jadi tandakan kalendar anda pada 1 Mac dan tonton, apabila Nat Geo People membawakan rasa sebenar kehidupan yang pastinya akan memberikan inspirasi dan mengujakan anda di HyppTV (Saluran 503)

Untuk menyaksikan elemen-elemen indentiti on-air yang baru, sila klik di sini: https://vimeo.com/83320822

Hook, Line and Sisters

044438

David Rocco's Dolce India All epsides of series

David Rocco's Dolce India Ep 102 NGCI Ep Code: 042437

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AWIE

Babak Intim Awie & Erra Fazira Terpaksa Dikurangkan?

Media Prima Digital & Senheng Meterai Usahasama Strategik