Nasuha Tersingkir!
Nadeera, Bella, Mara & Fatin Masih Bersaing Di Pentas VOKAL 2
[dropcap]S[/dropcap]elepas mengharungi pahit getir ujian blind audition dan terpaksa menelan komen lantang dan kritikan membina barisan juri, nampaknya hanya 11 finalis daripada 17 peserta berjaya melangkah ke pusingan seterusnya.
Konsert mingguan Vokal 2 pada hari Rabu lepas (21 November) dihangatkan dengan persembahan daripada 5 finalis wanita; Nadeera, Bella, Mar, Nasuha dan Fatin merebut tempat untuk terus kekal bertanding.
Penerbit VOKAL musim kedua, Ahmad Shaifullizam Arshad berkata, “Jika dirujuk kembali, secara keseluruhannya persembahan di pusingan blind audition memperlihatkan persaingan sengit antara kesemua 17 peserta dalam merebut tempat ke peringkat seterusnya.”
Namun, hanya 5 finalis wanita dan 6 finalis lelaki yang berjaya menawan hati barisan juri tetap Dato’ Hattan dan Ziana Zain yang turut ditemani juri jemputan khas seperti Adibah Noor, Cikgu Siti Hajar, Dato’ Hj. Ramli MS dan Faizal Tahir.
Nampaknya perjalanan untuk menempa nama di persada seni bukanlah semudah yang disangkakan. Bermula malam ini, kesemua 11 finalis perlu terus memberikan persembahan terbaik setiap kali berada di atas pentas kerana mereka juga perlu meraih undian SMS yang tinggi selain daripada markah daripada juri tetap.
[pullquote align=”right”]Setiap finalis harus bersedia dengan strategi sendiri dan mengambil kira semua nasihat dan tunjuk ajar yang diterima sepanjang program kerana tiada lagi peluang kedua selepas kalah mati di atas pentas VOKAL,” tambah Ahmad Shaifullizam Arshad.[/pullquote]
Bagi musim kedua ini, VOKAL menampilkan penyampai radio popular, Faizal Ismail sebagai pengacara program dan ‘Rutin Vokal’. Tenaga pengajar VOKAL seperti Azmeer dan Mas Idayu akan terus kekal sebagai Penasihat Vokal dan persembahan, Fidie Sani selaku Jurulatih Kecergasan dan Kesihatan dan Profesor Izzi Haji Ali bertindak sebagai Penasihat Motivasi.
[dropcap]D[/dropcap]i samping itu, penonton juga berpeluang untuk mengenali dengan lebih dekat peserta VOKAL 2 menerusi RUTIN VOKAL yang akan disiarkan selama 30 minit pada setiap hari Rabu pada jam 6.00 petang. Menerusi ‘Rutin Vokal’ penonton dapat melihat gelagat peserta dan juga perkara-perkara yang terjadi ketika mereka menghadiri kelas vokal yang berlaku semasa mereka membuat persiapan untuk berentap di pentas VOKAL.
Kini memasuki minggu kelima, kehangatan konsert VOKAL dicetuskan lagi dengan persembahan pertama daripada Bella yang menyanyikan lagu lagu “Takdir Cinta”, lagu nyanyian Rossa dan diikuti oleh Mar dengan lagu Jaclyn Victor “Sebelah Jiwaku”.
Finalis wanita ketiga, Nadeera membawakan lagu keramat Kumpulan Search, “Fantasia Bulan Madu” manakala finalis keempat Nasuha pula mempertaruhkan nasibnya menerusi lagu Christina Aguilera, “Hurt”.
[pullquote]Persembahan daripada finalis terakhir wanita pada minggu ini, Fatin yang akan membuat penampilan menerusi lagu popular Datuk Khatijah Ibrahim, “Ku Pendam Sebuah Luka”.[/pullquote]
Sebelum tirai persembahan ditutup untuk konsert minggu kelima, 2 finalis yang mendapat markah paling rendah berentap dalam pusingan “Girls Battle #1”. Nasuha dan Fatin yang menduduki tangga paling bawah menyanyikan lagu berirama dangdut yang sememangnya tidak asing lagi, ‘Penasaran’, peluang terakhir untuk finalis mengekalkan kedudukan di atas pentas VOKAL musim ini.
Keputusan muktamad daripada juri tetap Dato’ Hattan dan Ziana Zain telah menyingkirkan Nasuha manakala Fatin masih dapat meneruskan perjuangan beliau bersama Nadeera, Bella dan Mar. Sementara itu, Nadeera diumumkan sebagai peserta yang mendapat markah paling tinggi pada malam konsert tersebut.
Untuk musim kedua, sistem pemarkahan dari juri dan penonton akan bermula malam ini selepas tamat pusingan blind audition. VOKAL masih mengekalkan format pemarkahan kepada dua bahagian iaitu 50% daripada juri profesional dan 50% melalui undian SMS.
Untuk yang mengundi hanya perlu menaip VOKAL/VOKAL5nama peserta dan hantar ke 33399. Setiap SMS dikenakan caj sebanyak 50sen. Juara VOKAL musim kedua akan membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM100,000 manakala naib juara wang tunai RM30,000.
Program realiti VOKAL musim ini juga memberi peluang buat mereka yang terlepas peluang menyertai program nyanyian ini dengan menyertai peraduan ‘JUARA VOKAL ONLINE’. Penyertaan yang dibuka kepada semua ini hanya memerlukan mereka menghantar URL video nyanyian mereka kepada laman sesawang rasmi VOKAL. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai peraduan ini, sila melayari laman sesawang rasmi VOKAL di www.tv3.com.my/vokal2 untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.
Jangan lupa untuk membuat temu janji anda besama Vokal..Bukan Sekadar Rupa musim kedua yang diterajui oleh Penerbit Ahmad Shaifullizam Arshad dan Penerbit Eksekutif Muhamad Sufian Isa setiap hari Rabu, jam 9.30 malam hingga 10.30 malam. Bagi peminat di luar sana, jangan lepaskan peluang hadir beramai-ramai ke Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam untuk menyokong peserta-peserta kegemaran anda.
Penonton yang terlepas menyaksikan Vokal..Bukan Sekadar Rupa boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan juga layari Facebook & Twitter @TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini.
Bella mempertaruhkan lagu Takdir Cinta oleh Rossa
Persembahan bertenaga oleh Mar dengan lagu Sebelah Jiwaku nyanyian asal Jaclyn Victor
Nadeera memperoleh markah paling tinggi pada malam konsert tersebut
Nasuha gagal menambat hati juri tetap dan para peminat dengan lagu hurt yang dipopularkan oleh Christina Aguilera
Fatin mempertaruhkan lagu Ku Pendam Sebuah Luka oleh Dato’ Khadijah Ibrahim