in

Nasreen Ngasri Darling Bertunang Dengan Nur Azlin Rahmat

Tahniah kepada Darling sebab dah melangsungkan pertunangan dengan kekasihnya.

‘Dia hanya kaya budi’
KUALA LUMPUR: Selepas putus cinta Ramadan lalu, penerbit dan pelakon Nasreen Ngasri atau Darling, 26, selamat mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hati Nur Azlin Rahmat, 34. Majlis berlangsung dalam suasana ringkas, tetapi meriah di kediaman ibu bapanya di Jalan Ipoh di sini, semalam dengan dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Dalam majlis itu, ibu kepada Nur Azlin iaitu Badariah Abu Bakar mengetuai rombongan pihak lelaki menyarungkan cincin tanda di samping menyerahkan satu peratus daripada wang hantaran dipersetujui berjumlah RM22,222.22 bersama lima dulang berbalas tujuh.

Ditemui sebaik majlis tamat, Darling menjelaskan menerusi perbincangan dibuat, kedua-dua belah pihak bersetuju majlis pernikahan dilangsungkan pada 30 Mei ini di rumah ibu bapanya dan diikuti majlis persandingan keesokan harinya.  

Sementara majlis sambut menantu diadakan di kampung kelahiran Nur Azlin di Bukit Katil, Melaka pada 7 Jun.

Menceritakan mengenai keputusan singkat diambil selepas putus cinta dengan Pengarang Hiburan Harian Metro, Adam Salleh tahun lalu, kata Darling dia menyifatkan segalanya sebagai takdir Tuhan.

“Saya berkenalan dengannya selepas Aidilfitri menerusi seorang teman dan tidak sangka ada keserasian antara kami. Saya berasakan inilah jalan terbaik untuk kami (bertunang dan bernikah),” katanya.

Darling turut menafikan bakal suaminya itu seorang ahli perniagaan dan bergelar jutawan, sebaliknya Nur Azlin hanya bertugas sebagai pegawai pemasaran di sektor swasta.

“Dia sangat sederhana, begitu juga saya. Dia tidak kaya harta, tetapi kaya hati dan baik budi bahasa serta amat menghormati keluarga saya. Majlis yang kami rancang pun akan dilaksanakan secara sederhana dengan anggaran 3,000 tetamu,” katanya.

Nur Azlin pula menjelaskan dia tidak tahu yang Darling seorang artis dan penerbit drama sewaktu pertama kali diperkenalkan rakan rapatnya. Malah sepanjang pertemuan itu mereka tidak banyak bercakap.

“Selepas berkenalan baru saya tahu siapa dia. Saya suka Darling kerana dia comel, baik dan sangat memahami. Saya berasakan dialah pilihan paling tepat untuk dijadikan suri hidup,” katanya.

Mengenai pandangannya apabila banyak perkara timbul membabitkan hubungan Darling dengan beberapa lelaki sebelum ini, akui Nur Azlin bakal isterinya sudah pun menjelaskan segala-galanya mengenai apa yang dilalui dan bakal dilalui. [sumber]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gugurnya Kandungan Ekin Selepas Berbulan Madu

Filem KAPOWW!!! Atoi The Kultur Boy