in

Kenali Siapa Nasir Jani – Biografi Pengarah

Nasir Jani terlibat dalam dunia pengarahan sudah melebihi 30 tahun. Beliau memulakan karier sebagai pengarah menerusi iklan dan dokumentari. Kemudian beliau melangkah setapak kehadapan dengan membabitkan diri dengan pengarahan filem. Antara filem di bawah pengarahan beliau adalah KEMBARA SENIMAN JALANAN (1986), lakonan M Nasir dan ROZANA CINTA 87 (1987).

Ketika kerier beliau berada di puncak, beliau membuat keputusan untuk berehat dari terbabit dengan pengarahan filem dan fokus pada kerja-kerja di belakang tabir pengiklanan dan telemovie.

Ketika tahun 1990, Nasir banyak terlibat dengan pengarahan telemovie untuk siaran televisyen tempatan, termasuklah FUNFAIR, GIGOLO, TATOO, NAMAKU SHIMA dan RUNTUH.

Antara sentuhan karya terkenal beliau adalah telemovie BARA (1989).

BARA telah mendapat sambutan yang menggalakan dan telah tercalon pelbagai anugerah seperti Anugerah Seri Angkasa 1989/1990, Pengarah Drama Terbaik, Lakon Layar Terbaik, TV Drama Terbaik, Pelakon Lelaki TV Terbaik, Pelakon Wanita TV Terbaik dan Pelakon Baru Terbaik.

Terbaru, Nasir Jani telah terlibat dalam pengarah muzik video dan dokumentari termasuklah dokumentari Allahyarham Tok Guru Nik Aziz – semangat pemimpin Parti Islam Semalaysia (PAS) dan dokumentari tentang sasterawan negara, Datuk A Samad Said.

Nasir telah dipilih oleh produksi Layar Sunan untuk mengarah filem Tombiruo berdasarkan pengalaman beliau serta visinya tentang dalam pengarahan. Tombiruo akan menjadi filem ‘come back’ beliau setelah beberapa tahun berehat dari kerusi pengarah.

Filem
1. MEKANIK (1983) – Penolong Pengarah/ Pengarah Seni
2. MATINYA SEORANG PATRIOT (1984) – Penolong Pengarah/ Pengarah Seni
3. KEMBARA SENIMAN JALANAN (1986) – Pengarah/Penulis
4. ROZANA CINTA 87(1987) – Pengarah/Penulis
5. LEFTWINGS(2012) – Penulis/ Pengarah Seni

Drama TV
1. ANJANG AKI (1988) – Pengarah
2. TOK KAYA (1988) – Pengarah
3. KHALILAH (1988) – Pengarah
4. DALAM PERJALANAN (1988) – Pengarah
5. DARAH SETITIK (1989) – Pengarah
6. BARA (1989) – Pengarah /Penulis
7. NOVEL OLEH ATIKA (1990) – Director
8. FUNFAIR (1990) – Pengarah / Penulis
9. GIGOLO (1990) – Pengarah / Penulis
10. NAMAKU SHIMA (1990) – Pengarah
11. SAMUDERA GAGAH (1990) – Pengarah, 3 episod
12. LELA SARI (1991) – Pengarah, 5 episod
13. TATOO (1991) – Pengarah /Penulis
14. TEMPANG (1993) – Pengarah /Penulis
15. RUNTUH (1994) – Pengarah /Penulis
16. ASY ASYURA (2006) – Pengarah

Lain-lain
1. ROCK (2005) – Pelakon
2. SONGLAP (2011) – Pelakon

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Celcom Lancar XPAX TURBO Data Internet Terbaik

Filem TOMBIRUO Lakonan Farid Kamil, Zul Ariffin & Nabila Huda