Acara ini dijangka menjadi medan pertemuan buat semua pencinta nasi kandar, menyajikan hidangan yang pasti menggamit selera dan kenangan.
Selepas kejayaan luar biasa festival yang diadakan tahun lalu, FriedChillies, dengan kerjasama Sunway Putra Mall dan Nasi Kandaq Hunters, kembali dengan edisi terbaru yang lebih meriah. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif FriedChillies, Adly Rizal, festival kali ini bakal menampilkan 11 legenda nasi kandar terkenal dari seluruh negara, termasuk Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor, dan Ipoh.
Festival ini menawarkan peluang kepada pengunjung untuk menikmati hidangan ikonik nasi kandar dari restoran terpilih seperti Nasi Kandar Pelita, Hameediyah, dan banyak lagi.
Lebih Dari Sekadar Makan Nasi Kandar
Nasi Kandaq Festival 2.0 bukan sekadar mengenai makan nasi kandar, ia juga akan diisi dengan pelbagai aktiviti menarik. Acara-acara pentas seperti pertunjukan cendol teh tarik dan demonstrasi masakan akan memeriahkan suasana. Pengunjung berpeluang menikmati cendol teh tarik segar dan menyaksikan seni penyediaan hidangan nasi kandar.
Bagi mereka yang berani, pertandingan makan turut diadakan, mencabar kemampuan pengunjung untuk menikmati kari berapi dengan pelbagai lapisan kuah yang lazat.
Sementara itu, Nasi Kandaq Hunters (NKH) teruja untuk menyokong satu lagi kerjasama antara FriedChillies dan Sunway Putra Mall sempena Nasi Kandaq Fest 2.0. Pengasas bersama NKH, Badrul Izam berkata, “NKH yakin Nasi Kandaq Fest 2.0 akan menjadi medan perhimpunan ulung penggemar nasi kandar di Lembah Klang kerana ia menampilkan pilihan juadah yang menyelerakan dari seluruh negara. Dengan senarai penjual nasi kandar yang dipilih secara teliti, kami yakin setiap pengunjung akan menemui sesuatu yang memenuhi selera mereka dan pada masa sama, meneroka pelbagai rasa yang baharu. Kami mengalu- alukan semua 265,000 anggota NKH untuk menyertai pesta makanan ekstravaganza ini.”
Tak kiralah sama ada anda penggemar nasi kandar yang berpengalaman atau baru ingin mencuba keenakan nasi kandar, kehadiran anda akan dijamu dengan pelbagai jenis kuah campur daripada juadah seperti ayam bawang dan daging hitam yang diadun oleh ‘joki’ nasi kandar kegemaran ramai serta hidangan unik seperti Ayam Piru (ayam belanda) dan “Kambing Ros”. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati keenakan legenda nasi kandar terbaik Malaysia tanpa perlu meninggalkan ibu kota!
Keistimewaan Bertemu Lagenda Nasi Kandar
Festival ini juga memberi peluang untuk bertemu dengan legenda-legenda nasi kandar secara langsung. Pakar-pakar nasi kandar ini akan mempersembahkan keunikan mereka dalam mengadunkan pelbagai jenis kuah untuk menghasilkan hidangan yang memikat rasa dan selera. Pengunjung pasti teruja menyaksikan kepakaran mereka mencampurkan kuah dengan begitu cekap dan teliti.
Muzik Era 70-an dan Sejarah Nasi Kandar
Bagi mengimbau kenangan lama, muzik era 70-an akan dimainkan secara langsung sepanjang festival. Ini memberikan pengalaman nostalgia yang menarik bagi pengunjung. Selain itu, sejarah dan evolusi nasi kandar juga akan diketengahkan menerusi pameran klasik, lengkap dengan hiasan dan artifak nasi kandar yang ikonik.
Bersedialah untuk menikmati kelazatan tidak terhingga juadah nasi kandar sempena festival ini yang menghimpunkan Legenda Terbilang lagi Gemilang seperti Restoran Yusuf, Relau (Pulau Pinang), Nasi Ganja Yong Suan (Ipoh), Nasi Kandar Kudu (KL), LC (Line Clear) Restoran (KL), Hameediyah (KL/ Pulau Pinang), Nasi Kandar Talam (Johor), Restoran Majeedia (Ipoh), Nasi Kandar Pelita Chai Leng Park (Pulau Pinang) dan Restoran Jamal Mohamad atau Nasi Kandar Ketapang (Pulau Pinang).
Legenda-legenda nasi kandar ini bukan sahaja akan menghidangkan juadah tersohor mereka tetapi juga berkongsi cerita dan keunggulan masakan mereka dengan penggemar-penggemar nasi kandar. Seterusnya, bersedialah untuk turut dihiburkan dengan acara-acara pentas seperti pertunjukan cendol teh tarik dan demonstrasi memasak yang menyerlahkan kesenian di sebalik penyediaan minuman serta makanan.
Pengunjung yang hadir akan berpeluang untuk merasa cendol teh tarik segar pada acara ini. Mereka yang kaki makan dan ada ‘tangki’ besar pula berpeluang untuk menyertai pertandingan makan yang akan mencabar keupayaan peserta dalam menikmati hidangan kari berapi yang melimpah ruah! Hadirin juga berpeluang untuk bertemu sendiri dengan legenda-legenda Nasi Kandar.
Pakar-pakar masakan ini akan mempersembahkan kemahiran mereka mencampurkan lapisan demi lapisan cedokan kuah kari di atas pinggan anda untuk mencipta rampaian rasa dan aroma yang melazatkan. Mereka akan mempersembahkan aksi yang bakal memukau mata dan selera anda dengan mengadunkan pelbagai rempah dan aroma bagi menghasilkan juadah yang lazat di mata dan memikat jiwa.
Festival ini juga akan dirancakkan dengan persembahan dan muzik era 70-an secara live, bagi mengimbau kenangan zaman keemasan juadah jalanan Malaysia. Di samping itu, peserta juga berpeluang menelusuri sejarah nasi kandar menerusi hiasan klasik, lagu-lagu lama dan mengenang sejarah menerusi kisah evolusi nasi kandar dalam dekad-dekad yang berbeza.
Penaja-penaja seperti Beras Jasmine, Krimer Manis Able Farm dan Minyak Masak EcoSafa akan memainkan peranan penting dalam menjadikan festival ini perayaan bagi meraikan ramuan masaka yang berkualiti.
Di samping itu, kerjasama yang mengujakan dengan Hameediyah memberikan peluang kepada pengunjung festival untuk menghayati warisan dan tradisi di sebalik juadah ikonik Malaysia ini daripada artifak-artifak nasi kandar di muzium Hameediyah
Sokongan Kementerian Pelancongan dan Warisan Malaysia
Nasi Kandaq Festival 2.0 turut mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. “Kami sangat teruja kerana festival ini mendapat sokongan yang padu. Kami berharap orang ramai akan hadir untuk meraikan juadah nasi kandar yang ikonik dan menikmati warisan budaya di sebaliknya,†tambah Adly.
Untuk maklumat lanjut mengenai festival ini, ikuti akaun Instagram dan Facebook @friedchillies atau layari www.friedchillies.com.