Adakah anda ingin tahu apa fesyen yang sesuai untuk si manja anda ketika menghadiri majlis-majlis tertentu? Mahukan si manja anda tampil lebih bergaya ketika berjalan-jalan di luar? Sekiranya benar, jangan ketinggalan untuk menyaksikan Fesyenista Manja Baby Kiko dan Kiko 3 yang bakal ke udara secara eksklusif di Astro Ria menerusi saluran 104 pada setiap hari Ahad, jam 7.30 malam bermula pada 18 Mei 2014. Aktres & model terkenal Nasha Aziz dan pereka fesyen tersohor Jovian Mandagie dilantik selaku juri tetap untuk musim ketiga!
Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Encik Raqim Ahmad berkata:
“Program realiti Fesyenista Manja Baby Kiko & Kiko merupakan antara testimoni Astro Ria selaku Saluran Hiburan Melayu Utama yang menayangkan program-program hiburan bervariasi. Melalui pengamatan kami, selain daripada program-program hiburan yang sering menampilkan penglibatan para artis dan selebriti, para penonton juga amat berminat untuk menonton program-program yang melibatkan penyertaan orang awam dan berbentuk realiti seperti ini.
Oleh itu, penerbitan program ini dilihat cukup tepat dan sesuai dengan corak permintaan yang sukakan program sebegini kerana konsep unik yang menggabungkan penglibatan oleh selebriti-selebriti popular serta orang awam selain dapat memberi peluang kepada para peserta dan selebriti untuk menonjolkan kreativiti masing-masing.”
Puan Yap, Pengurus Besar Operasi, Baby Kiko Sdn Bhd and Kiko Garments Sdn Bhd. berkata:
“Sebagai salah satu peneraju jenama pakaian bayi dan kanak-kanak yang terkemuka di Malaysia, ianya merupakan kebanggaan kami apabila melihat keriangan ibu bapa menggayakan si manja mereka. Kami amat kagumi dengan keupayaan si manja dalam pemilihan gaya pakaian tersendiri serta kemampuan untuk menonjolkan ekspresi diri masing-masing.
Melalui program ini, setiap individu bukan sahaja dinilai daripada segi kreativiti berpakaian berdasarkan tema yang ditetapkan, malah ianya juga berdasarkan komitmen mereka sebagai sebuah keluarga atau pasukan dalam menyempurnakan tugasan yang diberikan. Kami berharap penglibatan mereka dalam program ini, setiap keluarga dapat menimba pengalaman istimewa yang tidak dapat dilupakan.â€
Dikendalikan sepenuhnya oleh personaliti terkenal tanah air; Sharifah Shahira sebagai hos program, Fesyenista Manja Baby Kiko dan Kiko kini kembali serba baru untuk musim ketiga dengan pengisian lebih mantap dan menghiburkan yang bakal menampilkan pelbagai cabaran baharu dan fesyen-fesyen menarik himpunan koleksi terkini oleh jenama Kiko dan Baby Kiko.
Menarik lagi, program realiti yang berkonsepkan kekeluargaan ini juga turut menampilkan gandingan mantap aktress dan model terkemuka yang tidak asing lagi iaitu Nasha Aziz serta pereka fesyen tersohor tanah air; Jovian Mandagie selaku juri tetap yang akan mengadili pertandingan ini.
Bukan itu sahaja, musim ini juga turut dimeriahkan dengan penampilan istimewa selebriti-selebriti popular tanah air seperti Yasmin Hani, Dazrin Kamaruddin, Scha Al Yahya, Fizo Omar, Sazzy Falak, Nik Micheal Imran, Nazsha, Trisyia, Rykarl, Wafiy, Elnisa dan Mia Sara.
Raqim turut menambah:
“Faktor pemilihan selebriti jemputan bagi mewarnai program ini juga amat penting agar bersesuaian dengan musim yang sedang berlangsung. Pendekatan ini adalah sebagai daya penarik untuk penonton agar terus mengikuti program ini.
Pemilihan Sharifah Shahira untuk melunaskan tugas sebagai hos musim ini dilihat amat bersesuaian berdasarkan kepada karekternya yang bersahaja dan menarik menepati konsep dan penonton sasaran program ini. Kami percaya beliau mampu mengemudikan program ini dengan sentuhan dan gayanya yang tersendiri sekaligus memikat hati para penonton untuk terus melekat di kaca televisyen.”
Untuk musim terbaru yang akan bersiaran selama enam minggu ini, sebanyak 12 kumpulan terpilih bakal bersaing yang mana setiap kumpulan diwakili oleh tiga orang peserta yang terdiri daripada seorang dewasa (sama ada ibu atau bapa) bersama seorang si manja Kiko (berusia di antara 6 bulan hingga 3 tahun) dan seorang si manja Baby Kiko (berusia di antara 4 tahun hingga 12 tahun).
Pada musim ini, dua pasangan selebriti akan bertindak sebagai perunding fesyen kepada setiap keluarga. Di dalam setiap episod, barisan selebriti-selebriti popular tanah air yang terdiri daripada seorang selebriti dewasa dan seorang selebriti cilik akan membantu keluarga dan si manja dengan bertindak sebagai perunding fesyen dengan memberikan tips-tips berguna sebelum fesyen pilihan mereka digunakan bagi sesi pengambaran.
Kanak-kanak yang terpilih akan menggayakan pakaian dari jenama Kiko dan si cilik akan mengayakan pakaian dari Baby Kiko. Gambar-gambar yang diambil akan dipilih dan dijadikan sebagai satu buku log fesyen sebelum ia diadili oleh juri tetap yang arif dalam industri fesyen tanahair.
Pada kemuncak rancangan ini, hanya akan ada dua pemenang utama yang akan dipilih menerusi dua sistem penjurian iaitu melalui Pilihan Juri dan juga Pilihan Umum.
Pemenang Pilihan Juri akan diadili oleh barisan juri tetap yang telah dilantik khas. Manakala bagi Pemenang Pilihan Umum pula ia akan ditentukan oleh pengundi-pengundi di Facebook Kiko dan Baby Kiko. Menerusi sistem penjurian ini, gambar yang mendapat undian tertinggi akan dipilih sebagai pemenang.
Pemenang Pilihan Juri akan memenangi hadiah berupa wang tunai sebanyak RM 15,000. Manakala pemenang Pilihan Umum yang dipilih melalui undian tertinggi di akaun rasmi Facebook Baby Kiko dan Kiko akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Fesyenista Manja Baby Kiko pada setiap hari Ahad jam 7.30 malam bermula pada 18 Mei ini, secara eksklusif di Astro RIA menerusi saluran 104. Selamat menonton!