in

Nas Adila Lancar Album Bidadari Syurga Dengan Imej Baru

2009 telah berlalu. Sekarang 2010 dah pun nak masuk bulan Februari. Cepat betul masa berlalu.

Yang pasti, bagi penyanyi pop yang pernah menjadi pelajar Akademi Fantasia 7, Nas Adila, 2010 adalah tahun untuk revamp imej dan muziknya agar dapat diterima peminat. Usaha demi usaha dibuat oleh Nas Adila, apakah 2010 akan memberi perubahan pada beliau?

Apa-apa pun persoalan, itu tak perlu dijawab kerana bagi beliau 2010 juga adalah tahun struggle – tahun untuk bekerja keras.

Orang kata, bukan senang untuk jadi penyanyi popular. Sekarang ni nak jadi penyanyi memang senang. Buat lagu single, keluar duit dalam RM5ribu untuk satu lagu, dah boleh jadi penyanyi.

Tapi nak kekal dan terus melonjak naik untuk mengecapi populariti, itu yang susah.

Ternyata, usaha untuk rebranding dimulakan dengan melancarkan single terbarunya berjudul Bidadari Syurga.

Pada jam 4 petang semalam, telah berlangsung satu majlis pelancaran album EP Nas Adila di Bangkok Jazz, Thai Bistro, Chulan Square.

Mak dan Abah Nas Adila turut sama melancarkan album EP petang semalam. Juga perunding imej dan jurutari, Linda Jasmine.

Persembahan Adila diiringi oleh 2 orang penari.

Semua ini telah dirancang di bawah labelnya sendiri iaitu Nas Adila Events & Entertainment.

Semangat dan usaha yang tak putus-putus didokongi pula dengan sokongan dari famili membuatkan Nas Adila tak putus asa.

Nas Adila juga ada grup peminatnya sendiri iaitu Adila FC yang banyak memberikan dorongan.

Konsep album kali ini semuanya hitam. Dari pakaian Adila hinggalah ke kulit album, fail, bunting, T-shirt dan goodie bagnya sekali. Serba hitam. Hinggakan masa perform ketiga-tiga buah lagu barunya pun dilatari dengan pentas yang serba hitam. Gambar pun takde kontras sebab semua hitam.

Tapi tak pe, orang kata, hitam itu gothic dan hitam juga elegan. Itu kata orang fesyen.

Seiring dengan perjalanan seninya yang punya pasang dan surut, Adila memperkenalkan konsep muzik yang lebih rancak selain rentak pop balada. Lagu baru kali ini sangat berbeza dengan apa yang dibawa sebelum ini.

Ada 3 buah lagu dalam album EP ini iaitu Bidadari Syurga, I Love You dan Maaf. Kesemua lagu ini ditulis dan dicipta oleh Jai dan Kahar Kahier.

Nas Adila katanya mahu bikin suprise. Tak lama korang boleh dengan lagu ini berkumandang di radio-radio.

Masa Nas Adila perform kesemua lagu barunya petang semalam, Budiey rasa muzik kali ini lebih segar dan matang. Ada grooves sikit la. Terbayang-bayang muziknya macam pembawaan dari Agnes Monica.

Dari segi penampilan dan bunyi juga agak matang. Dari segi gerak tari pula, seolah-olah Nas Adila mahu mencuba tarian rancak seperti Stacy.

Mampukah Nas Adila membawa lagu ini secara live seperti yang dibawa oleh Stacy? Kat sini, stamina tu penting. Kalau tak, memang termengah-mengahlah jadinya.

Untuk dua buah lagu rancak, Nas Adila nyanyi sambil menari. Jurutarinya tak lain tak bukan, guru Linda Jasmine.

Masih terngiang tadi di telinga Budiey, ada seorang teman media cakap, Nas Adila kena asah lagi vokalnya supaya lebih mantap. Aih… tak mantap lagi ke macam tu? Kata dia lagi, itu pun kalau dia betul-betul nak sukses.

Walau ada yang kata, Nas Adila tak boleh survive dalam industri sebab tak punya X factor, namun semua itu tak menghalang untuk beliau untuk terus berusaha.

Peduli apa dengan kata orang yang boleh melemahkan semangat. Kalau ada pandangan yang membina, memang wajar Nas Adila akan dengar dan ikut.

Untuk info lebih lanjut, korang boleh layari laman web ini:

www.bidadarisyurga.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kesegaran Berpanjangan Dengan DEODORAN SHOWER CLEAN

Nidji Lancar Album Let’s Play di Malaysia