Nana Kassim mulai berasa kurang senang apabila orang di sekelilingnya mulai memperkatakan tentang Nana Kassim yang terlalu ‘sporting’ dan membiarkan teman lelaki anak-anaknya bebas keluar masuk ke rumahnya. Nana Kassim mengambil keputusan memanggil Akhbar Khan dan Zulkarnain ke rumahnya untuk makan malam sambil berbincang mengenai masalah yang timbul.
Nana telah meletakkan syarat iaitu, selagi mereka tidak menikah , mereka tidak dibenarkan bertemu sama ada di rumah mahupun diluar. Ini juga termasuk diri Nana Kassim sendiri. Satu lagi syarat ialah setiap seorang haruslah mempunyai wang simpanan di akaun bank sebanyak RM 50,000.00. Manakala wang hantaran adalah RM 10,000.00.
Akhbar Khan dan Zulkarnain serta pasangan masing-masing, mencari pelbagai helah untuk bertemu tetapi setiap rancangan mereka gagal. Pada masa yang sama , Nana Kassim turut mencari jalan bertemu dengan Mami Mumtaz. Mami Mumtaz sentiasa menasihati Nana Kassim kerana tindakkannya itu dianggap keterlaluan. Nana Kassim mempunyai sebabnya sendiri.
Dirumah, Khairunisa, Balkis dan Siti Hajar sering mengadu kepada Nana Kassim, tidak ada masa untuk memasak dan mengemas rumah. Mereka mendesak Nana Kassim mengambil pembantu rumah. Nana Kassim bersetuju. Ramai yang datang untuk temuduga jawatan tersebut, termasuklah Akhbar Khan dan Zulkarnain yang menyamar menjadi wanita. Akhirnya kedua mereka berjaya.
Maka bermula kembali percintaan mereka di rumah itu. Sekali lagi rancangan mereka hampir-hampir terbongkar. Nana Kassim meminta pendapat Pak Maidin tentang perkahwinan anak-anaknya. Pak Maidin menasihatkan Nana agar mempercepatkan pernikahan anak-anaknya dan mengabaikan syarat yang diberikan kerana syarat tersebut dianggap membebankan.
Nana telah meminta keluarga Akhbar Khan dan Zulkarnain untuk datang berbincang mengenai hal mereka dengan Nana. Keluarga Akhbar Khan telah datang tetapi keluarga Zulkarnain tidak muncul. Ini menimbulkan kemusykilan pada keluarga Nana Kassim terutama Balkis. Balkis telah meminta Zulkarnain membuat keputusan dalam masa 24 jam sama ada berkahwin atau memutuskan perhubungan mereka. Balkis meminta Nana menangguhkan perkahwinannya.
Nana Kassim dan Mami Mumtaz melangsungkan perkahwinan begitu juga anaknya , pasangan Akhbar Khan dengan Khairunisa. Pada masa yang sama juga Siti Hajar anak bongsu Nana Kassim telah berkenalan dengan Izad seorang penyanyi semasa keluar bersama rakannya menonton live band di sebuah hotel. Izad tertarik dengan Siti Hajar.
Akhbar cuba menyelesaikan masalah antara Balkis dan Zulkarnain. Dirumah, Khairunisa mengalami krisis dengan Akhbar kerana telah dipengaruhi oleh mami jarum menyatakan yang Akhbar sedang menjalinkan hubungan dengan seorang janda.
Benarkah Akhbar Khan mempunyai hubungan dengan janda? Bagaimana pula kesudahan percintaan antara Balkis dan Zulkarnain? Adakah Nana Kassim merestui hubungan Siti Hajar dan Izad?
Berjayakah Akhbar Khan menyelesaikan masalah antara dia dan Khairunisa serta kemelut yang melanda adik-adik iparnya serta keluarga Nana Tanjung?
Saksikanlah Nana Tanjung 2 yang bakal menggeletek lagi…
[tags]nana tanjung, piee, azad audition, ulasan filem nana tanjung, komedi slapstik, skrip komedi, lawak jenaka, funny talk, facetalk script, maxis product, design funny, cinta suami orang, cinta gadis sunti, gadis penang, club malam penang, balqis lirik[/tags]