Industri seni tidak kira dalam bidang lakonan drama, teater, mahupun nyanyian semakin berkembang di Malaysia. Maka tidak hairanlah pelbagai ragam dan berita dunia popular sentiasa menjadi perhatian kerana selebriti masa kini mempunyai pengaruh dan peminat mereka yang tersendiri.
Nana Mahazan Dan Hefny Sahad kongsi perkembangan dunia hiburan di POP TV
[dropcap]B[/dropcap]agi memenuhi kehendak penonton tanah air, stesen TV9 membawakan rancangan hiburan yang bakal berkongsi trend terkini mengenai dunia hiburan semasa menerusi POP TV yang bakal bersiaran mulai 17 April 2016, setiap hari Ahad jam 9.30 malam.
Menampilkan dua hos baru yang berkarisma – Nana Mahazan dan Hefny Sahad – POP TV akan membawakan perkembangan berita hiburan juga topik menarik setiap minggu bersama selebriti undangan.
Segmen yang dibawakan pula merangkumi segmen TRIVIA (fakta menarik mengenai artis), COFFEE TALK (segmen chit chat bersama artis yang bakal menjawab gosip yang menimpa mereka), TOTALLY POP! (segmen fesyen dan tips selebriti yang merangkumi semua aspek), PASSPORT (buletin mengenai acara dan aktiviti hiburan di lokasi luar), dan IN THE MAKING (berita perkembangan terkini filem, drama, rancangan muzik video dan produk industri hiburan). Segmen tersebut bersifat menyeluruh dan akan disesuaikan dengan keadaan semasa.
Lebih menarik ialah artis undangan yang akan dijemput ke studio untuk berbincang tentang topik menarik. Mereka juga akan berborak dengan cara santai mengenai apa sahaja topik yang dikemukakan seperti hiburan, media sosial, fesyen, filem, muzik, gaya hidup dan makanan.
Istimewa pada episod pertama POP TV yang bersiaran pada hari Ahad ini, 17 April 2016, dua pelakon terkenal bakal diundang ke studio. Mereka adalah pelakon tampan Keith Foo dan pelakon wanita berbakat, Nadiya Nisaa.
Manakala antara berita hiburan yang bakal dikupas adalah kisah Uqasha dan isu tunang Hafidz Roshdi, kontroversi tudung yang melanda Fizo dan Mawar, kisah Neelofa dan perniagaannya serta banyak lagi.
Bagi mereka yang ingin mendapatkan kisah terbharu dunia hiburan, saksikan Pop TV setiap hari Ahad, 9.30 malam eksklusif di TV9 mulai 17 April 2016.