Keyakinan dan harapan itu dapat disaksikan selepas produk penjagaan kulit berasaskan buah kiwi dihasilkan menerusi proses penyelidikan dan penyelidikan (R&D) mampu mengubah diri ibu kepada dua cahaya mata itu.
Malah kini sejak dipasarkan pada tahun 2020, sudah ribuan testimoni berjaya mendapatkan kesan kulit diinginkan.
Tidak hanya di situ, rangkaian perniagaannya yang ditubuhkan sejak 2018 bermula dengan jualan alat solekan juga sudah mempengaruhi ramai wanita terutamanya untuk menjana pendapatan lumayan di era pandemik COVID-19.
Lebih daripada itu juga dan atas keikhlasan hati wanita berasal dari Muar Johor ini juga mahu memperkasa golongan wanita khususnya.
“Saya sendiri tahu bagaimana diselubungi perasaan sedih kerana tiada keyakinan diri. Saya boleh faham fasal pergelutan mereka yang diburu keresahan sebab kulit wajah teruk.
“Ironinya saya melalui fasa itu pada tahun 2017. Saya alami masalah kulit ‘breakout’ atau timbul jerawat dan bintik merah kerana pori tersumbat dek pelbagai masalah melanda.
Suami saya sendiri menjadi saksi paling dekat melihat saya ada dalam keadaan paling dasyat itu.
“Masa itu, saya akan tengok cermin sambil menangis setiap hari. Suami juga yang selalu suntik semangat tanpa gagal untuk saya cuba tips atau produk itu ini. Dialah penyokong setia menerima kelebihan dan kekurangan diri. Dia juga tulang belakang di sebalik kejayaan saya. Kalau ada pepatah di sebalik kejayaan lelaki ada wanita di belakangnya. Tapi kes saya, jadi sebaliknya,” katanya.
Kata Nana atau nama penuhnya, Nurul Hana Che Mahazan lagi, setahun lebih juga dia bangkit daripada fasa ‘breakout’ itu dengan mencuba pelbagai jenis produk kulit.
Malah selepas ramai melihat perubahan wajahnya dan mula bertanya bagaimana, Nana terlintas memasarkan rangkaian jenama produk penjagaan kulit sendiri.
“Akhirnya saya bertemu dengan produk yang serasi dengan kulit wajah. Itupun selepas mencuba pelbagai produk. Selepas bertemu yang serasi, saya tidak lagi culas soal menjaga muka. Masalahnya produk itu harganya sangat mahal.
“Situasi itu (harga produk mahal) menjadi titik tolak untuk saya cuba hasilkan produk seumpama dengan harga berpatutan. Saya memilih buah kiwi yang dianggap sebagai ‘superfood’ dengan banyak khasiat dan nutrisi. Ia mempunyai sumber vitamin C lebih bagus berbanding oren.
“Ia juga bagus untuk merawat kulit muka. Tambahan pula ia menjadi buah kegemaran saya dan keluarga. Rangkaian produk ini mempunyai sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), lulus Kementerian Kesihatan (KKM) dan harga ‘rakyat’,” katanya.
Usaha Nana menghasilkan produk berkualiti taraf antarabangsa dengan harga mampu milik memberi justifikasi cukup membahagiakannya.
“Ini antara sekecil kecil usaha saya menerusi proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan paksi mahu menolong rakyat Malaysia merasai ramuan bahan berkualiti dan menyamai taraf antarabangsa dengan harga mampu milik.
“Saya mahu semua rakyat Malaysia tahu produk ini sangat bagus dan terbukti sudah menolong ramai orang. Sudah ribuan testimoni yang berjaya mendapatkan kembali kulit sihat. Malah ada testimoni daripada seorang lelaki yang daripada kulit teruk, tapi kini bersih dan sihat. Perubahan itu buat saya teruja, gembira bercampur tangisan kerana usaha diteroka membuah hasil.
“Ramai juga ejen saya berjaya keluar daripada zon selesa mereka dan mula menjana pendapatan. Itulah yang saya harapkan dengan perniagaan ini yakni sama sama berkongsi rezeki. Ada di kalangan stokis meraih RM100,000 sebulan. Itu kejayaan yang sangat ‘wow’,” katanya.
Di akhir bicara, wanita yang kekal ‘stailo’ sekalipun bertudung itu sedar perjuangan sebagai usahawan takkan pernah terhenti.
“Setiap hari akan jadi ruang belajar dan terus memperbaiki diri. Saya mahu terus menginspirasi dan membantu golongan wanita khususnya seramai mungkin. Ia sama ada membina keyakinan diri dengan menggunakan produk atau menjana pendapatan. Boleh tekan pautan https://linktr.ee/nanamahazanbeautyhq.
“Saya mahu mewujudkan lebih ramai pemimpin dan wanita berdikari. Begitu juga keinginan mengubah mereka yang sentiasa rasa rendah diri. Saya nak tanam dalam diri mereka ini semangat atau jati diri yang kuat.
“Kalau mereka tak pandai menjaga diri sendiri, bagaimana nak menyelia atau memimpin orang lain. Kesedaran perlu ada dalam diri. Insya-Allah lagi dua tahun dan jangka masa panjang, saya mahu Nana Mahazan Beauty tembus pasaran Asia Tenggara,” katanya.