Mira Filzah mengakui, selepas 6 bulan mendirikan rumahtangga bersama suami, Wan Emir Astar, rezeki beliau semakin murah termasuklah mendapat pelbagai tawaran berlakon dan menjadi duta beberapa jenama.
Mira Filzah juga mengakui status perkahwinan tidak menghalang beliau untuk terus bekerja dan terlibat dalam penggambaran memandangkan suaminya sangat memahami dan sentiasa memberi sokongan terhadap karier beliau.
Menolak stigma kononnya populariti artis wanita yang sudah berkahwin akan jatuh merudum, Mira bagaimanapun beranggapan ianya salah sama sekali kerana, ramai sahaja artis wanita di Malaysia yang bergelar isteri mampu memberikan impak terhadap lakonan mereka sehingga menjadi buah mulut penonton drama tempatan.
“Tidak kisah status perempuan itu yang bergelar isteri atau ibu, pasti boleh sahaja melonjak namanya atau murah rezekinya selepas berkahwin sebagai contoh, Amira Rosli yang baru sahaja habis pantang Anaqi come up dengan drama Nur. Dan, Nad Zainal yang tengah sarat mengandung anak kedua mencuri perhatian netizen apabila wataknya dalam drama Takdir Yang Tertulis still drama tu meletup”
“Kesimpulannya, bagi Mira it’s all about rezeki, kalau you ada usaha untuk terus bekerja insyaAllah semuanya akan okay”
Kalau sebelum ini netizen pernah ‘mengusik’ Mira kononnya terlihat baby bump pada gambar yang dimuat naik beliau menerusi akaun instagram miliknya. Bagaimanapun, Mira menjelaskan bahawa gambar tersebut mungkin disebabkan angle dan kedudukan baju tersebut.
“Biasalah soalan tu, Mira rasa disebabkan satu gambar je, angle kot dan baju tu Mira tuck-in. Netizen pula laju…Tapi insyaAllah, kalau ada nanti mira akan bagitahu…”
Namun, Mira berharap jika benar ‘ada’ beliau dan suami akan memaklumkan kepada semua peminat yang sentiasa menyokong kerjaya seni beliau.
Sama-samalah kita doakan okay!