Dakwa Fathia, dia telah membayar sebanyak RM2,000 sebulan untuk rumah itu sejak lima tahun lepas tetapi sampai sekarang tak nampak bayang.
Memetik Mstar, Mahadi ketika dihubungi berkata, menjawab isu tersebut, dia sama sekali tak kenal Fathia Latiff dan tak pernah membuat sebarang urusan dengannya.
“Apa yang dia merepek tu? Saya pelik dengan segala dakwaan dia tu”.
Kata Mahadi lagi, dia tak jual rumah dan tiada perniagaan melibatkan hartanah.
Malah, hasil semakan dengan pengurusan syarikat, tiada sebarang rekod perniagaan dengan selebriti itu.
Mahadi juga menepis dakwaan syarikatnya menerima RM2,000 sebulan daripada Fathia.
Apa-apa pun, dia tak berhasrat untuk bertemu Fathia untuk menyelesaikan isu ini. Dia akan menyerahkan kes ini kepada peguam untuk tindakan lanjut.