Jadi memang minta kena kecam la wanita itu oleh netizen gara-gara tindakannya yang dianggap tidak sopan memarahi anggota polis dan tak kurang juga yang menyindirnya tidak perlu la kot nak sombong hanya kerana memiliki perniagaan enterprise sahaja. Well! Enterprise je pun!
Tidak tahan dengan kecaman, wanita itu tampil menjelaskan hal sebenarnya mengapa beliau marah menerusi posting di laman facebook beliau.
Beliau mendakwa bahawa anggota itu menyindirnya hingga membuatkan beliau marah.
“Ada ‘SEBAB’ ada AKIBAT… (org mara kerna bersebab)
“Jangan buli org perempuan. Tak semua perempuan tu penakut kena gertak ya atau buli ya. Wanita selalu disalahkan…. jd Mangsa dera suami isteri ka, mangsa buli rakan sekerja ka, mangsa gangguan seksual ka, baik fizikal atau penderaan dgn ‘kata2’.. atau pun mangsa BULI JALANAN…
Ada perempuan berani kerana benar buss… dan WUJUD PEREMPUAN BETUL2 BERANI BERHADAPAN walau apa pangkat kamu ya.. kejadian tu 2.6.2021 (pasal rotex rm300) tapi baru timbul skrg? ok lanjut.. #benarikeranabenar #janganb.uliwanita”
Dalam pada itu, wanita tersebut juga mohon maaf kepada semua petugas yang terasa hati. Menurut beliau, petugas yang lain semuanya baik dalam melancarkan tugas cuma petugas ini sahaja yang bermasalah. Dakwaan pegawai tersebut tiada budi bahasa dan intragriti buat beliau naik angin. Akhir sekali, Wawa berharap sikap begini dapat di ubah ketika menjalankan tugas.
Dialog nya yang seakan berlagak berbunyi “Nama aku Wawa, Wahid Enterprise, Kau tanya aku siapa kan?” menjadi satu gurauan dalam kalangan pengguna media sosial.
Tidak melepaskan peluang pasangan selebriti yang memnag terkenal di TikTok, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal mula melakukan parodi berdasarkan dialog tersebut. Melihatkan Wawa yang miming suara wanita tersebut buat ramai berdekah dan terhibur, lebih2 lagi Wawa juga berasal dari Negeri Sabah.
Aeril memuat naik video parodi tersebut di laman akaun TikToknya
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terhibur dengan gelagat wawa zainal itu.
Polis Sabah siasat wanita tengk1ng polis di SJR
KOTA KINABALU – Siasatan menyeluruh akan dijalankan berkaitan rakaman video tular memaparkan seorang wanita menengkiing anggota polis di sebuah sekatan jalan raya (SJR) sejak semalam.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata, pihaknya akan memanggil wanita terbabit untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan menyeluruh membabitkan kedua belah pihak sebelum tindakan lanjut diambil.
“Sekiranya terbukti benar ada anggota polis yang mengeluarkan kenyataan menyinggung perasaan wanita terbabit, kita akan ambil tindakan.
“Tindakan juga akan diambil sekiranya terbukti wanita itu menjadi punca keteg4ngan yang berlaku di SJR berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai d4kwaan polis tidak sepatutnya mengeluarkan s4man berikutan cukai jalan berkenaan tidak dapat diperbaharui ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Hazani berkata, cukai jalan kenderaan wanita berkenaan tamat sejak awal tahun ini.
“Perkara itu tidak dapat diterima kerana penguatkuasaan PKP pernah dihentikan dua kali sebelum ini. Walaupun cukai jalan tidak boleh diperbaharui, mengapa insurans kenderaan tidak diperbaharui,” katanya.
Terdahulu, kejadian tul4r berkenaan dipercayai berlaku pada 1 Jun lalu itu menerima pelbagai reaksi termasuk kec4man daripada netizen walaupun tidak diketahui punca sebenar kejadian berkenaan.