Ekoran dari sebuah portal hiburan baru-baru ini yang telah melaporkan selebriti popular Elfira Loy buat lima majlis resepsi dengan tajuk utama: “Kalah Fattzura! Elfira Loy Dan Faris Bakal Adakan Lima Kali Majlis Resepsi?” mendapat respon dari selebriti popular, Fazura.
Dikatakan kenyataan tajuk berita tersebut sekaligus seolah-olah membandingkan kehebatan antara Fattzura dan Elfira Loy dan meletakkan perkahwinan Elfira Loy sebagai Wedding of the Year (setakat ini)?
Pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin melahirkan rasa tidak puas hati dengan cara tajuk laporan itu ditulis.
“Saya benar-benar bingung dengan tajuk yang sebenarnya tidak perlu. Kenapa kita mesti terus mempromosikan segala-galanya sebagai satu persaingan? Saya dan Fattah Amin tidak pernah menganggap kami sebagai nombor satu atau lebih dari orang lain,”
“Artikel sebegini bukan sahaja negatif, tetapi menjadi punca kenapa kita membenci sesama kita daripada menjadi gembira dengan kebahagiaan orang lain,”
– Fazura
Dalam satu kenyataan yang lain, Fazura telah menasihati wartawan atau penulis supaya lebih beretika dan bertanggungjawab. Tak perlu nak melaga-lagakan orang sehingga membuatkan perpecahan dan mencalar hubungan silaturrahim sesama Islam.
“Makin ramai orang nak jadi wartawan. Selain media cetak dan media baru, bloggers. Nak menulis sebagai wartawan boleh tapi kena ada etika. Jangan tulis perkara yang buat orang rasa terkilan atau mengguris perasaan orang lain. Seolah mahu mengugat silaturrahim sesama Islam.â€
“Saya terkilan bila ada menulis nak suruh orang membanding-bandingkan perkahwinan sesama artis, konon ada yang buat majlis kahwin, nak lawan majlis saya dengan Fattah Amin.â€
“Kenapa perlu tulis begitu? Nanti mengundang yang berfikir lain kepada saya dan Elfira Loy.â€
“Padahal kami berbaik. Saya juga hadir inshallah ke majlis resepsi Elfira Loy. Kami dah lama kenal. Suka dengannya dan happy dengan perkahwinannya.”
– Fazura
Fazura berharap selepas ini tak ada yang nak menyamai atau menulis isu-isu sehingga membuatkan orang membanding siapa lebih hebat, siapa lebih gempak dalam dunia artis seperti majlis nikah dan sanding.
Kadang-kadang penulis atau wartawan ada cara mereka sendiri untuk mengggamit pembaca. Cara paling cepat dan berkesan adalah dengan meletakkan tajuk atau headlines yang mengundang ‘hype’ atau provokasi.
Gaya enulisan media di laman sosial zaman ini, tajuk bunyi lain tapi berita yang disampaikan tu mungkin lain. Itu strategi media untuk melariskan ‘jualan’ penulisan mereka. Kalau tak buat macam tu, mungkin takde sape nak baca.
Sumber: Gempak, Astro Awani & URTV