in ,

NAK TIKET BAS FREE BALIK KAMPUNG UNTUK BERAYA TV3?

KEMPEN BALIK BERAYA BERSAMA TV3…
PELUANG PENONTON NIKMATI TIKET PERCUMA PULANG BERAYA!

Isu tiket-tiket bas habis terjual menjadi tajuk utama di dada-dada akhbar dan topik hangat diperkatakan saban tahun menjelangnya Aidilfitri. Menyedari permasalahan yang melanda umat Islam untuk pulang berhari raya di kampung halaman, TV3 atas dasar prihatinnya menganjurkan ’Kempen Balik Beraya Bersama TV3’ dengan menyediakan 10 bas di mana bas-bas ini akan dihiasi dengan  memaparkan tema Hari Raya tahun ini serta wajah personaliti-personaliti TV3.

Majlis perasmian kempen disempurnakan pada hari ini oleh Ketua Pegawai Eksekutif TV3, Dato’ Amrin Awaluddin bertempat di Perkarangan Sri Pentas, Bandar Utama melalui siaran langsung Malaysia Hari Ini. Turut bersama memeriahkan majlis ini barisan personaliti TV3 iaitu Ahmad Fedtri Yahya, Siti Hasfizza Aswaty, Nazrah Noor Rahmat, Noor Azean Abdol Karim, Zakiah Anas, Akbar Sahri, Ally Iskandar, Fara Fauzana, Sasha Bashir dan Lan Pet-Pet.

Bersesuaian dengan tema Hari Raya TV3 tahun ini, “Kesyukuran dalam Kemeriahan”, 400 tiket-tiket bas secara percuma pergi dan balik akan ditaja oleh TV3 ke destinasi seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor Bahru. Cara mendapatkan tiket-tiket, para penonton perlu menonton Malaysia Hari Ini (MHI) dan Wanita Hari Ini (WHI) pada 10 September hingga 22 September 2008, setelah panggilan telefon dibuat, mereka perlu menjawab soalan-soalan mudah berkaitan dengan program-program yang disiarkan di TV3.

Bas-bas akan mula bergerak dari perkarangan Sri Pentas pada 28 September, jam 12.30 tengahari ke Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Manakala 3 bas akan bertolak pada 29 September, jam 8 pagi ke destinasi Johor, Kelantan dan Terengganu dan pada jam 12.30 tengahari 3 bas lagi bergerak ke Terengganu, Kedah dan Kelantan. Semua bas pulang ke ibu kota pada 5 Oktober 2008.

“Sudah menjadi amalan pihak kami di TV3 untuk sentiasa merencanakan pelbagai agenda untuk para penonton sempena bulan Ramadan. Tahun ini selain daripada menyediakan program-program menarik, kembara singgah sahur dan majlis berbuka puasa, kempen balik raya bersama TV3 julung kali diadakan dan ini merupakan hadiah istimewa untuk penonton yang sentiasa menyokong TV3 selama ini. Dengan menyediakan 400 tiket bas ini diharap dapat meleraikan kekusutan yang mereka alami,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif TV3, Dato’ Amrin Awaluddin.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Melissa Maureen Rizal @ Sambutan Ulangtahun Pertama Portal GUA

Konsert Mini Karnival 8TV Sempena Sambutan Pesta Kuih Bulan