Susulan dari itu, usahawan tersebut Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman telah tampil untuk memberi penjelasan mengenai kontroversi berkenaan.
Tuduhan Yang Tidak Benar
Menerusi laman Instagram, beliau memuat naik satu kenyataan balas terhadap pendedahan gadis berusia 23 tahun itu yang dikatakan telah mencemarkan nama baiknya.
Penyanyi lagu Bobo Di Mana itu turut mengatakan bahawa hal ini sudah setahun berlalu dan tidak sepatutnya dibangkitkan semula.
“Saya dah lama beritahu yang saya buat bariatik pada Wani atas nasihat doktor dan saya post di Facebook pada tarik 19 Ogos 2019.
“Benda dah lama kenapa baru nak cerita, ketinggalan ke awak? Lain kali nak kenakan orang research habis-habisan dahulu,”
– Aliff Syukri
Selain itu, Aliff juga meminta Wani mencari rezeki dengan bekerja dimana kondisi yang semakin pulih dan sudah boleh berjalan berbanding sebelum ini.
“Kepada Wani terima kasih banyak2. Awak nak saman saya? Kerjalah adik Wani sayang oii.. dah boleh jalan carilah rezeki..
“Orang lain kerja siang malam pagi petang dik cari rezeki untuk keluarga, awak nak harap duit bantuan sampai bila,â€
– Aliff Syukri
Beliau berkata, gadis yang dahulu mengalami masalah berat badan hampir 300 kilogram telah mendapat rawatan pembedahan bariatrik yang dibiayai sepenuhnya.
“Sepanjang rawatan kos semua saya tanggung, satu sen tak minta duit awak adik Wani, jadi jangan menangguk di air yang keruh,”
– Aliff Syukri
“Kerjalah Adik Wani Sayang Oi, Dah Boleh Jalan Carilah Rezeki… Awak Nak Harap Duit Bantuan Sampai Bila?†– Aliff Syukri
SUSULAN pendedahan Wani Comel yang mendakwa diperdaya dengan janji manis usahawan kosmetik berhubung pelantikannya sebagai duta produk pelangsingan, individu yang dikaitkan dalam kontroversi berkenaan menganggap tuduhan wanita obesiti itu berniat jahat.
Pengasas dan pemilik D’Herbs Holding Sdn. Bhd ini turut mempersoalkan tindakan Wani yang mengungkit semula isu yang sudah setahun berlalu.
“Saya dah lama beritahu yang saya buat bariatic pada Wani atas nasihat doktor dan saya post di Facebook pada tarikh 19 Ogos 2019.
“Benda dah lama kenapa baru nak cerita, ketinggalan ke awak? Lain kali nak kenakan orang research habis-habis dahulu.
“Nak tahu detail tunggu Isnin ini dan apa tindakan yang saya ambil pada mereka yang tak habis-habis ambil kesempatan untuk jatuhkan saya. Saya nak berniaga tak kacau orang,”
– Aliff Syukri
Terdahulu pada petang Jumaat, Wani yang mengalami masalah berat badan hampir 300 kilogram menuntut pampasan sebagai ganti rugi kerana mendakwa tidak mendapat sebarang faedah seperti dijanjikan sebagai duta produk pelansingan badan.
Wani mendakwa usahawan berkenaan gagal melaksanakan janji untuk memberikannya rumah, kereta dan belanja harian selepas menandatangi kontrak sebagai duta produk keluaran usahawan itu.
Dalam pada itu, Aliff turut meminta Wani untuk bekerja berikutan keadaan kesihatannya yang kini sudah mampu untuk berjalan.
Tambah Aliff, dia sudah menanggung segala kos termasuk terapi kaki, makan dan tempat tinggal sepanjang melakukan pembedahan pintasan usus itu.
“Kepada Wani terima kasih banyak-banyak, awak nak saman saya? Kerjalah adik Wani sayang oi, dah boleh jalan carilah rezeki, orang lain kerja siang malam, pagi petang dik… untuk keluarga, awak nak harap duit bantuan sampai bila?
“Sepanjang rawatan kos semua saya tanggung, satu sen pun tak minta duit awak adik Wani, jadi jangan menangguk di air yang keruh, †sindirnya.
– Aliff Syukri
Aliff juga tidak menolak tindakan Wani itu didorong oleh individu lain yang cuba menjatuhkan dirinya atas sebab tertentu.
*Sumber: mStar Online