Anda pernah terfikir tak kenapa anda suka sangat dengan coklat. Jangan tipu kami kalau anda cakap tak suka. Kalau sebut bab coklat jer mesti mata anda mula bersinar-sinar kan. Dah dapat bayangkan keenakannya tu. Tambah-tambah pula kalau coklat kesukaan ramai, KITKAT! Memang bila makan tak boleh berhenti!
GOLD Yang Sedap!
Kalau anda perasan sekarang ni memang tengah viral coklat KITKAT Gold Bar yang dibungkus dalam pek emas tu. Cantik bebenau packagingnya. Meriah jer tengok. Rasa tu memang tak dapat disangkal lagi lah, confirm-confirm sedap. Memang betul KITKAT style!
Gabungan menarik dari wafer khas yang dilapisi lapisan duo coklat susu halus termasuk dengan kacang manis dalam warna kuning emas ni memang menjadikan KITKAT Gold Bar ni sangat padu gais.
Sesuai sangat untuk anda jadikan sebagai hadiah selain boleh dikongsikan dengan orang tersayang dan juga untuk kepuasan diri sendiri.
Woah, Boleh Menang Sehingga RM16,000!
Bukan setakat anda beli dan nikmati KITKAT Gold tu jer tau. Anda sebenarnya juga berpeluang untuk menang KITKAT® EMAS 916 bernilai sehingga RM16,000!
Caranya mudah sangat bila anda masuk peraduan ini. Yup, kacang goreng jer! Anda tengok cara-caranya di bawah okay!
1. Beli mana-mana produk KITKAT dalam satu resit bernilai RM8 dan ke atas.
2. WhatsApp resit penuh tersebut dengan meletakkan Nama Penuh, Nombor IC, dan Email (jika ada) anda di nombor 018-2283090.
Haa..Amacam? Mudah jer kan? Peraduan ini bermula 8 Januari sehingga 28 Februari 2021. Jadi cepat jangan lepaskan peluang keemasan ini. Mana tahu mungkin anda salah seorang pemenang tu. Selamat mencuba!
Have a break, Have a KITKAT.