Menerusi perkongsian di Instagram, Watie mengatakan dia sedang bersiap untuk keluar memancing ketika bercuti bersama suami serta anak-anak tirinya di Sabah.
Menurut Watie, dia sering menerima komen daripada netizen memintanya untuk tidak mengenakan mekap atau solekan namun suaminya suka melihat dia bersiap dan memakai mekap.
“Nak pergi memancing saja pun kan, tapi itulah nak buat macam mana, suami kita pula memang sejenis asal nak keluar mesti tanya tak nak bersolek sikit ke? Jadi korang yang selalu cakap Watie tak payah nak make up… tak boleh nak buat apalah kan.
“Sebab suami kita memang suka tengok kita bersiap make up segala walaupun nak keluar pergi minum teh tarik,” katanya.
Turut menjadi perhatian, rata-rata netizen memuji Watie yang mampu mengawal keadaan meskipun kedengaran tangisan anak-anak.