Jom ke Ekspo Ijab Qabul 2023 di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam bermula 22 hingga 24 September ini dari 10 pagi hingga 10 malam.
Diasas dan diterajui pasangan adik beradik lelaki, Shamsul Azhar Amir Hashim dan Khairul Anwar Amir Hashim, ekspo perkahwinan popular datang lagi tahun ini untuk edisi ketiga.
Ekspo yang menghimpunkan vendor kerja kahwin untuk bakal raja sehari itu turut menjanjikan hadiah mega dan cabutan bertuah untuk dimenangi buat bakal pengunjung.
Menurut Shamsul Azhar, seiring dengan tagline penganjuran acara iaitu ‘Ekspo Kahwin Paling Best†dan “All Your Wedding Needs, Under One Roofâ€pihaknya optimis dengan aturcara diatur selain tawaran hadiah istimewa.
“Untuk meraikan pengunjung dan bakal pengantin bertuah nanti, kami tawarkan hadiah utama pakej nikah percuma di Magica Suite tajaan Magica Events termasuk makan dan minum untuk 50 orang bernilai RM3,000. Tak hanya itu, pemenang utama juga bakal menerima pakej umrah percuma untuk seorang tajaan Zuhud Holiday bernilai RM8,390.
“Selain itu, agensi kembara sama turut menawarkan hadiah cabutan bertuah berupa diskaun pakej umrah sebanyak RM1,000 untuk seorang dan RM500 bagi dua orang.
“Tak ketinggalan pakej percutian dari Golden Fly Venture pula berbesar hati menghadiahkan hotel percutian di Bali, Indonesia, Melaka dan Terengganu dan pelbagai lagi hadiah menarik dari vendor-vendor Ijab Qabul menanti anda. Kami juga berbangga kerana dekorasi utama termasuk pentas mendapat tajaan Ellysia †kata Shamsul Azhar.
Ekspo Ijab Qabul 2023 yang dikelola syarikat Nightbloom Events milik dua beradik berkenaan turut bakal dihiasi 100 tapak atau kios vendor perkahwinan selain sarat dengan aktiviti seni.
Ia termasuk persembahan, Ernie Zakri, Syamel, Nuha Bahrin dan Naufal Azrin, Kugiran Kamila Akustika, persembahan silat, gamelan dan tarian cilik Arcisa Girls, demonstrasi solekan serta gubahan bunga dan hantaran.
“Seperti kelazimannya majlis kahwin tak lengkap dengan persembahan hiburan. Sebab itu kami lengkapkan acara ini dengan pembabitan artis dan pekerja seni. Selain buat persembahan, artis juga akan ada sesi ‘meet and greet’ bersama pengunjung serta peminat.
“Malah aktiviti sepanjang tiga hari ekspo nanti itu turut dipadatkan dengan pelbagai aktiviti. Ia termasuk forum perkahwinan bertajuk Cinta Yang Direstui dikendali oleh pasangan Ustazah Asma Harun dan suami, Tengku Fazli Tengku Jaya pada hari pertama pembukaan ekspo. Diana Amir turut bertindak sebagai moderator.
“Tahun ini juga kami perkenalkan pereka fesyen terkenal, Kashfi Zulkufli sebagai duta Ekspo Ijab Qabul. Malah serentak dengan itu, Kashfi Zulkufli juga bakal mempersembahkan pertunjukan fesyen ‘The Lost Maharani Volume 2. Ryan Deedat dan pembaca berita, Syamira Nazir juga bertanggungjawab sebagai pengacara ekspo ini,â€kata Shamsul Azhar.
Kata Shamsul Azhar lagi, kemasukan ke ekspo ini tidak dikenakan bayaran. Malah katanya lagi, parkir kereta juga percuma.
Acara ini turut mendapat sokongan dekorasi utama daripada Ellysia, Suke TV (penyiar rasmi), Picturesque Production, Rose Katering, Magica Events dan JV Craft & Gifts.
“Sebagai ekspo perkahwinan, kami menghimpunkan vendor dari pelbagai sudut kelengkapan kahwin termasuk hotel, dewan kahwin, dekorasi pelamin, busana pengantin, perancang perkahwinan, katering, barang kemas, kad kahwin, ‘doorgift’, hantaran dan gubahan bunga.
“Begitu juga dengan perkhidmatan foto dan video kahwin untuk mengabadikan detik hari bahagia, pakej bulan madu dan pelbagai lagi. Jadi kalau nak mudahkan kerja mengurus dan merancang perkahwinan serta berjimat, kenalah datang ke ekspo ini.
“Semuanya dalam satu tempat. Lapan kendera saji juga disediakan di luar dewan ekspo untuk mengisi perut dan menghilangkan haus. 1000 pengunjung terawal juga bakal mendapat cenderahati percuma dari JV Crafts and Gifts. Boleh tekan pautan https://vt.tiktok.com/ZSL745sCp/ untuk lebih lanjut
,†kata Shamsul Azhar.
Sementara itu, Khairul Anwar berkata dia dan adiknya optimis menceburi kerja penganjuran ekspo kahwin ini kerana minat yang mendalam.
“Kami berminat dengan industri kerja kahwin ini kerana pelbagai idea dan kreativiti boleh dicurahkan dalam penganjuran ekspo. Pendek kata, dapat mengukir senyuman bakal raja sehari dan orang ramai mencari keperluan perkahwinan juga menjadi nikmat berharga.
“Dalam masa sama kami mahu terus melonjakkan industri perkahwinan di Malaysia secara umumnya,†kata Khairul Anwar.
Khairul Anwar menambah, penganjuran ekspo ini diumpamakan seperti menyelam meminum air.
“Kami juga berpeluang menyebarluas rangkaian. Selain anjurkan ekspo kahwin, kami juga khusus kepada penganjuran ‘organiser’ dengan menawarkan khidmat Event Organizer (EO).
“Kami urus dan merancang pelbagai majlis termasuk acara korporat, kerajaan dan ‘private’,†kata Khairul Anwar.
Untuk rekod Nightbloom Events ditubuhkan pada Oktober 2022 dan beribu pejabat di Setia Alam, Selangor.