“Saya tak mahu kehilangan awak sayang.”
Itu antara kata-kata romantis aktor popular, Kamal Adli yang dititipkan buat Uqasha Senrose dalam sekeping kad ucapan sempena majlis parti bujang ‘bridal shower’ bakal isterinya malam tadi.
“Nak Hidup, Mati Dengan Awak Seorang,” – Ucapan Romantis Kamal Adli Buat Uqasha Senrose
Berdasarkan perkongsian Uqasha dalam InstaStorynya, Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 35, dalam kad tersebut memberitahu kehadiran Uqasha merupakan antara perkara paling hebat yang pernah berlaku kehidupannya.
“Sayang, saya sangat mencintai awak. Awak sangat cantik!
“Awak terbaik dan perkara paling hebat yang pernah saya lalui dalam hidup,†tulis Kamal dalam kad tersebut.
Tambah pelakon drama Setelah Terlafaznya Akad itu, dia juga tidak sanggup untuk kehilangan wanita yang dicintainya iaitu Uqasha.
“Saya tak mahu kehilangan awak sayang. Kita pasti boleh hadapi semua ini.
“Nak hidup dan mati dengan awak seorang. Saya sangat sayangkan awak,†katanya lagi.
Malam tadi, Uqasha diraikan oleh ahli keluarga dan rakan terdekat dalam sebuah majlis parti bujang bertemakan gaya Sepanyol di sebuah kediamannya di ibu negara.
Sejak Isnin lalu, desas-desus mengenai majlis pernikahan pasangan tersebut yang dijangka berlangsung pada minggu ini semakin bertiup kencang selepas Kamal selesai menjalani sesi mengukur baju di beberapa butik jenama popular.
Selain itu, sebuah majlis ‘bridal showe’r yang dianjurkan Uqasha untuk kawan-kawannya pada malam Selasa lalu juga turut menguatkan lagi spekulasi tersebut.
Bagaimanapun, sehingga hari ini, kedua-duanya masih tidak berkongsi lanjut mengenai tarikh majlis hari bahagia mereka.
Untuk rekod, Kamal membuat kejutan apabila melamar Uqasha secara langsung pada siaran Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME 2020) yang berlangsung Disember 2020 sebelum dilaporkan bertunang dalam sebuah majlis tertutup pada April lalu.
Pada Jun lalu, Kamal mendedahkan secara eksklusif kepada Kosmo! Online bahawa jika bukan kerana pandemik Covid-19, dia dan Uqasha sepatutnya telah bergelar suami isteri pada bulan tersebut.
Kamal Adli & Uqasha Senrose Bakal Nikah Minggu Ini?
Khabar angin mengenai tarikh pernikahan selebriti terkenal Kamal Adli dan Uqasha Senrose yang dikhabarkan bakal berlangsung minggu ini semakin bertiup kencang dalam media sosial.
Desas-desus tersebut dikuatkan lagi dengan sebuah lagi majlis parti bujang yang meraikan Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 29, di sebuah kediaman di ibu negara malam tadi.
Dalam majlis bertemakan gaya Sepanyol itu, Uqasha anggun mengenakan busana gaun kembang dan beropol berwarna merah manakala ahli keluarga dan rakan terdekat pula memakai pakaian serba hitam.
Antara momen paling menarik perhatian ramai ialah apabila Uqasha turut bergambar di sebuah pelamin mini yang direka khas untuk majlis tersebut.
Menerusi beberapa perkongsian video, antara yang hadir pada majlis tersbeut ialah Nelydia Senrose, Aprena Manrose dan Nadiyah Shahab.
Sementara itu, dalam ruangan komen pula terdapat netizen yang membuat telahan bahawa majlis pernikahan Uqasha dan Kamal bakal berlangsung pada minggu ini.
Meskipun begitu, Uqasha mahupun Kamal masih mengunci mulut mengenai tarikh hari bahagia mereka sehingga hari ini.
Semalam, Kosmo! melaporkan Uqasha dilihat menganjurkan sebuah majlis bridal shower (meraikan bakal pengantin) bersama adik-beradik dan sepupunya di sebuah restoran terkemuka kelmarin.
Terdahulu, Kamal membuat kejutan apabila melamar Uqasha secara langsung pada siaran Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME 2020) yang berlangsung Disember tahun lalu.
Hubungan cinta mereka mula menjadi perhatian peminat selepas digandingkan dalam sebuah drama arahan Michael Ang berjudul, Setelah Terlafaznya Akad.
Pasangan tersebut yang melangsungkan pertunangan pada April lalu bagaimanapun enggan mendedahkan tarikh majlis pernikahan mereka.
Mengikut perancangan asal, Kamal dan Uqasha sepatutnya melangsungkan majlis akad nikah dan tiga buah majlis resepsi di sebuah pusat peranginan tanah tinggi terkemuka, namun terpaksa menangguhkan hasrat tersebut disebabkan penularan virus Covid-19 yang semakin membimbangkan.
Pada Jun lalu, Kamal mendedahkan secara eksklusif kepada Kosmo! Online bahawa jika bukan kerana pandemik Covid-19, dia dan Uqasha sepatutnya telah bergelar suami isteri pada bulan tersebut.Â
Uqasha Senrose Anjur Majlis Bridal Shower
Tarikh perkahwinan pasangan pelakon Uqasha Senrose dan Kamal Adli nampaknya semakin hampir apabila masing-masing dilihat sibuk melakukan persiapan akhir sebelum bergelar raja sehari.
Dalam video yang dimuat naik menerusi InstaStory, Uqasha dilihat menganjurkan majlis bridal shower (meraikan bakal pengantin) di sebuah restoran bersama adik-beradik dan sepupunya.
Dalam majlis tersebut dilihat Uqasha atau nama lengkapnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 29, menghadiahkan semua tetamu yang hadir dengan rantai loket yang diletakkan gambarnya.
“Rantai ini untuk my bridesmaids (pengiring pengantin perempuan),†kata Uqasha sambil memakaikan rantai tersebut pada sepupunya, Aprena Manrose.
Selain Aprena antara yang dilihat hadir adalah adik-beradiknya, Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose.
Sementara itu, dalam satu hantaran dalam Instagram, tunangnya, Kamal Adli turut memuat naik sekeping gambar Uqasha diraikan dalam majlis bridal shower.
Kamal Adli menulis kapsyen: “So cantik. Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusan.â€
Menguatkan lagi desas-desus pasangan tersebut bakal berkahwin dalam waktu yang terdekat apabila Kamal yang dihubungi Kosmo! Online semalam mengakui sedang mengukur baju di beberapa butik jenama popular.
Dalam dua video pendek yang dimuat naik dalam InstaStory, Kamal atau nama lengkapnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, 35, dilihat sibuk diambil ukuran badan oleh pereka fesyen tersohor tanah air.
Difahamkan baju tersebut bakal digayakan pada hari bahagianya bersama Uqasha. Sungguhpun begitu sehingga kini, pasangan popular itu masih belum mendedahkan tarikh pernikahan mereka kepada umum.
Terdahulu, Kamal membuat kejutan apabila melamar Uqasha secara langsung pada siaran Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME 2020) yang berlangsung Disember tahun lalu.
Hubungan cinta mereka mula menjadi perhatian peminat selepas digandingkan dalam sebuah drama arahan Michael Ang berjudul, Setelah Terlafaznya Akad.
Pasangan tersebut yang melangsungkan pertunangan pada April lalu bagaimanapun enggan mendedahkan tarikh majlis pernikahan mereka.
Mengikut perancangan asal, Kamal dan Uqasha sepatutnya melangsungkan majlis akad nikah dan tiga buah majlis resepsi di sebuah pusat peranginan tanah tinggi terkemuka, namun terpaksa menangguhkan hasrat tersebut disebabkan penularan virus Covid-19 yang semakin membimbangkan.
Pada Jun lalu, Kamal mendedahkan secara eksklusif kepada Kosmo! Online bahawa jika bukan kerana pandemik Covid-19, dia dan Uqasha sepatutnya telah bergelar suami isteri pada bulan tersebut.