Pelakon filem Chermin itu dikecam netizen apabila menggayakan busana yang menampakkan bahagian bahu dan betis, semalam. Malah, ramai yang beranggapan busana yang digayakan dalam satu majlis pelancaran produk itu tidak sesuai dengan imejnya yang bertudung.
“Busana ini disediakan pengasas produk. Ia berlapik dengan kain berwarna kulit. Saya hanya mengikut tema majlis.
“Saya tak memakai gaun seumpama ini sepanjang masa. Saya hanya memakainya sahaja, tak rasa pula ia keterlaluan. Saya tiada masalah untuk menggayakan gaun ini.
“Saya tak salahkan sesiapa dan tak ambil peduli hal orang. Mereka nak cakap apa… lantaklah,”
– Natasha Hudson
Ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata, dia mempunyai pilihan busana lain.
“Ada baju lain yang labuh kainnya, tetapi sukar pula untuk bergerak. Gaun ini lebih memudahkan dan santai.
“Cuma, biasalah mata netizen yang akan melihat sudut nampak bahu sebagai hal besar. Saya harap tak perlulah diperbesarkan perkara ini lagi,”
– Natasha Hudson
Dalam perkembangan lain, Natasha berkata, dia sepatutnya membintangi filem Indonesia, tahun lalu.
“Saya sempat ke Indonesia membina rangkaian semula. Penggambaran filem sepatutnya dilakukan di Semporna, Sabah, tetapi tertangguh disebabkan pandemik COVID-19.
“Harapnya 2021 akan memberi tuah untuk kembali mengukir kecemerlangan dalam kerjaya seni,”
– Natasha Hudson