Begitulah yang sering dilakukan oleh pasangan selebriti media sosial ini, usahawan kosmetik Syafiqah Aina dan suaminya Hafiz Mahamad yang sering berkongsi momen romantis sepanjang alam perkahwinan mereka.
Menerusi satu video yang dikongsi di akaun Instagram miliknya, wanita berusia 26 tahun itu memuat naik video mengenai kejutan yang dilakukan kepada suami tercintanya itu.
“Dia sentiasa bagi yang terbaik”
Menerusi video berdurasi 45 saat itu, Aina memilih untuk memberi kejutan permainan video Sony Play Station 5 (PS5) kerana suaminya sangat mengilai permainan tersebut selain dapat merehatkan diri untuk seketika.
Tambah Aina lagi, sikap suaminya yang sering mendahulukan orang lain membuat dia berasa Hafiz berhak untuk mendapatkan yang terbaik dalam hidupnya.
“Dari semua benda, segalanya dia akan dahulukan untuk orang lain. Dia sentiasa akan bagi yang terbaik untuk apa yang dia nak dan usahakan.
Saya percaya dia berhak untuk mendapatkan kegembiraan dalam hidupnya,”
– Syafiqah Aina
Telatah romantis Aina yang menghargai pengorbanan suaminya membuatkan rata-rata netizen mengemarinya kisah cinta mereka yang sering dikongsi di media sosial.
Usaha Untuk Buat Awak Gembira
Melalui ruangan komen di posting, Hafiz Mahamad juga berterima kasih kepada isterinya dan rata-rata pengikut mereka di Instagram turut meninggalkan pelbagai reaksi selepas melihat kegembiraan pasangan ini.
Umum mengetahui pasangan ini gemar membuat baik untuk pekerja mereka dan insan yang memerlukan. Semoga perkahwinan yang dibina kekal hingga ke syurga. Amin!