Berita gembira itu dimaklumkan oleh Najwa menerusi satu perkongsian di Instagram sebentar tadi.
Majlis pernikahan pasangan itu diadakan secara tertutup di Batu Pahat, Johor kira-kira jam 8.30 pagi tadi dengan dihadiri ahli keluarga dan kenalan terdekat.
Pada majlis itu, Akwa menyerahkan mas kahwin 2.5 gram emas kepada Najwa.
Pengurus kepada penyanyi itu, Azahari Jaafar berkata Najwa sudah lama merancang perkahwinan tersebut namun tidak menghebahkan kepada umum.
Difahamkan, pasangan itu akan diraikan dalam sebuah majlis kenduri selepas solat Jumaat di kampung halamannya.