[dropcap]F[/dropcap]estival Kenyir bakal diadakan bermula 16 Mei 2013 hingga 20 Mei 2013 bertempat di Pengkalan Gawi, Terengganu, Darul Iman. Tahun ini merupakan kali kedua Hub Eco-Pelancongan yang unggul di negeri Terengganu menjadikan Tasik Kenyir sebagai lokasi riadah dan menikmati keindahan alam semulajadi.
[pullquote align=”right”]Festival Kenyir 2013 akan diadakan pada 16 Mei 2013 hingga 20 Mei 2013 bertempat di Pengkalan Gawi, Terengganu, Darul Iman[/pullquote]
Bagi memeriahkan lagi Fiesta Festival Tasik Kenyir 2013, NASIONAL FM, Klasik Nasional dan Terengganu FM berkolaborasi dengan kerjasama Kerajaan Negeri Trengganu dan Ketengah bagi menjayakan program ini. Pastinya pelbagai aktiviti menarik serta persembahan dari barisan artis artis popular seperti Ramli Sarip, Saleem, Rahimah Rahim, Jeffrydin, Norbalqis, Mat Over, Abon, Najwa Latif, Zarul (Umbrella) dan Elveena Iris.
Disamping berpeluang bersama sama artis popular para pengunjung juga dijemput untuk bersua mesra dengan penyampai-penyampai NASIONALfm, Klasik Nasional dan Terengganufm.Program di lokasi seperti Dj Corner juga turut memberi ruang kepada pengunjung untuk mengambil bahagian dalam slot uji bakat seperti berlakon, penyampai radio dan penyampai berita. Pengunjung juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah dan cenderahati menarik dari stesen-stesen radio RTM sempena Festival Kenyir 2013.
[pullquote]Marilah Pakat gi, Tasik Kenyir Ramai-Ramai, Guane Gamok Gi Jangan Dok Gi, Jupa denun![/pullquote]
Selain itu pelbagai aktiviti mencabar di adakan seperti Helicopter Ride, Luncur Udara , Extreme Game & street Soccer, Fun Race Motocross serta Pertandingan Karaoke yang pasti menyeronokkan dan menghiburkan terutama pada para pengunjung yang ingin meluangkan masa bersama ahli keluarga. Tidak lupa juga diadakan Program Pentas Dakwah oleh penceramah Dr.Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Ustazah Asni Mansor dalam bicara “Melancong itu adalah Ibadah”.