Menurut Najwa, lagu ini merupakan lagu pertama yang saya ingin berkolabrasi dengan Akwa sebelum tercipta lagu “Tak Kisah Pun”,mungkin ada hikmahnya atas tertangguhnya kelewatan untuk mengeluarkan lagu ini,Tambah Najwa lagi,saya harap lagu ini di terima baik seperti mana lagu Kosong dan Satu dan secara tidak langsung merupakan nombor susunan.
“Perjalanan dan pembikinan lagu ini sangat santai, semuanya dihasilkan dalam tempoh PKP dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini. Sebenarnya, versi akustik lagu ini sudah muat naik di YouTube setahun yang lalu.
Disebabkan ramai yang suka, kami setuju untuk merakamkannya.Beliau kali ini menampilkan penyanyi RAP baharu Akwa Arifin,tambah najwa lagi beliau pada mulanya meminati karya karya Akwa di Youtube.
Lagu Dua dihasilkan oleh Najwa dan adik beradik yang menggelarkan diri mereka sebagai Ellgee, manakala liriknya dihasilkan dengan kerjasama Akwa. Ia dikatakan berkisar mengenai menerima seseorang itu seadanya.
Kali terakhir Najwa mengeluarkan single adalah sekitar june lalu iaitu Tak Kisah Pun yang telah mencecah 3.2 juta tontonan, menurut Najwa lagi dia amat teruja dengan single terbaharu ini tambahan pula ini merupakan single kedua syarikat rakamannya sendiri NL Entertainment serta lagu kolabrasi kedua Bersama Akwa
Tambahan pula, video muzik rasmi DUA telah berjaya mengumpul hamper 200 ribu tontonan dalam masa 2 hari sahaja semenjak lancarkan.
Untuk pengetahuan semua, video muzik Tiada Apa telah diarahkan sepenuhnya oleh Najwa sendiri.
Menurut beliau lagi, setiap elemen di dalam video tersebut mempunyai maksud tersiratnya yang tersendiri. Muzik video DUA boleh di tonton di https://www.youtube.com/watch?v=CAbv4AojGx8