in , ,

Naim Daniel Kecewa Babak Berpakaian Wanita Dalam Video Muzik PURNAMA Terpaksa Dibuang

Penyanyi, pelakon dan komposer popular, Naim Daniel bukan sengaja mahu mencetuskan kontroversi menerusi video muzik single terbaharu berjudul Purnama dengan berpakaian wanita.

Sebaliknya, penyanyi Sumpah dan Sembah itu mempunyai alasan menyelitkan babak berpakaian wanita dalam video muzik berkenaan.

Bagi pemenang Anugerah Juara Lagu Ke-34 itu, dia sedikit kecewa kerana babak berpakaian wanita dilakonkannya terpaksa dibuang.

NAIM DANIEL - PURNAMA

“Mengikut idea asal video muzik ini memang ada babak saya berpakaian wanita. Ia kerana saya melakonkan watak pesakit jiwa yang terlalu merindukan adik perempuan bernama Purnama.

“Kehilangan adik membuatkan watak berkenaan berhalusinasi ingin menjadi sepertinya. Draf pertama video muzik ini dianggap cukup meruntun jiwa. Keperluan berpakaian wanita menambah lagi rasa kehilangan.

“Bagaimanapun, syarikat rakaman, World Peace Entertainment menolak babak saya berpakaian wanita kerana tidak mahu menimbulkan kontroversi.

Selepas beberapa kali diubah, berbincang dan berdepan pelbagai cabaran, saya akur dengan keputusan ini,”

– Naim Daniel

Single Purnama mengangkat rasa kehilangan yang tidak akan dirasai, selagi belum berdepan episod pemergian seseorang yang disayangi.

“Dalam konteks lagu ini, ia mengenai kehilangan adik tersayang. Ia bukan lagu cinta biasa, tetapi barangkali ada yang boleh menterjemahkannya seperti kehilangan kekasih.

“Saya mendapatkan khidmat pelakon, Ainin Batrisya untuk melakonkan watak Purnama.

Dia memang calon tepat untuk watak ini. Kami pernah berlakon dalam drama Kemboja Di Hati untuk siaran Al Hijrah pada 2016. Masa itu, Ainin masih kecil,”

– Naim Daniel
NAIM DANIEL - PURNAMA

Naim berkata, dia mendapatkan khidmat peniup seruling terkenal, Mohar daripada kumpulan Mohram untuk menambahkan unsur dramatik dalam single Purnama.

“Saya mendapat demo lagu ini ketika masih sibuk di lokasi penggambaran drama Lelaki Lingkungan Cinta. Saya terus jatuh cinta pada saat Amzar memperdengarkan lagu ini.

“Rintihan muzik lagu ini menangkap hati. Sebaik selesai penggambaran drama, saya bergegas ke rumah Amzar untuk merakamkan suara.

“Rakaman single Purnama dapat disiapkan satu malam sahaja,”

– Naim Daniel

Naim Daniel kini masih berdebar menanti keputusan apabila dua lagu, Sembah dan Adakah Engkau Menungguku mampu mara ke Anugerah Juara Lagu Ke-35, Februari depan.

*Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Beza Usia 18 Tahun, Siti Nurhaliza Dipuji Nampak Sebaya Dengan Pengasuh Siti Aafiyah

Primeworks Studios Umum Kolaborasi Bersama WeTV Malaysia