Meraih hampir 200,000 ribu jumlah tontonan sejak dikongsikan, aksi yang ditunjukkan oleh Sharifah Shahirah memang cukup mencuit hati. Dengan topi keledar pink beserta selipar Jepun, dia meluru ke sebuah kereta berwarna kuning namun perlu melangkah masuk gara-gara kenderaan itu tidak mempunyai pintu yang boleh dibuka seperti biasa.
Akibat berasa kurang selesa, dia membebel panjang mengkritik ciri-ciri kereta berkenaan yang disifatkan sebagai panas kerana tiada bumbung dan aircond.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menjadi terhibur kerana artis wanita ini begitu selamba merungut tentang kereta mahal berkenaan. Tidak ketinggalan, perhatian mereka juga teralih kepada bentuk perut Sharifah Shahirah yang nampak sedikit besar sekali gus beranggapan itu adalah baby bump. Namun dia sempat menafikan andaian berkenaan.