in

Nadira Adnan Tidak Mahu Tumpang Nama Untuk Berjaya

Siapa Nadira Adnan? Okay, Budiey terus buat carian di google dan terjumpa satu artikel di Sinar FM, cerita tentang gadis molek ni. Mungkin ada di antara anda tidak mengenali Nadira Adnan. Penyanyi ini lahir di England dan menuntut di Kuala Lumpur sehingga sekolah menengah. Terkini Nadira sedang melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan di Jakarta, Indonesia. Namun namanya mula dikenali di Indonesia gara-gara berduet dengan Al-Ghazali yang merupakan anak kepada Ahmad Dhani. Bagi Nadira, dia tidak menumpang nama sesiapa. Rezeki bekerjasama dengan Ahmad Dhani dan Al, satu peluang yang baik untuk dirinya.

Nadira Adnan

“Saya tidak rasa menumpang nama sesiapa. Bekerjasama dengan nama besar di Jakarta memang peluang yang tidak mungkin saya tolak. Sekarang saya pun memang baik dengan Al. Kami berkongsi banyak benda. Saya tahu ramai peminat Al di Jakarta marahkan saya kerana baik dengan Al. Sejujurnya kami baik sebagai sahabat”, katanya.

Nadira juga dikenali sebagai penyanyi Malaysia di Indonesia manakala di Malaysia pula Nadira dikatakan penyanyi dari negara seberang.

“Itulah, bila saya di Indonesia, mereka kata saya penyanyi dari Malaysia. Bila di Malaysia, saya penyanyi dari Indonesia. Sebenarnya saya mahu penyanyi antarabangsa! Tidak ada masalah bagi saya. Paling penting orang sudah mengenali saya. Album pertama berjudul Isi Hati adalah percubaan saya untuk menempatkan nama sebagai penyanyi tidak kira di Malaysia mahupun Indonesia.”

Dalam sibuk menyanyi sebenarnya Nadira merupakan pelajar perubatan. Semestinya dia pening untuk bahagikan masa antara nyanyian dan juga pelajaran.

“Sebenarnya keluarga saya memang tidak setuju apabila saya suarakan untuk menyanyi kerana pelajaran lagi penting. Tetapi apabila mereka lihat keputusan peperiksaan saya sebelum ini cemerlang, jadi ibu bapa saya benarkan. Tetapi dengan syarat, pelajaran tidak tinggal. Agak susah juga hendak bahagikan masa lagi pula saya perlu berulang dari Jakarta – Malaysia. Selalunya hujung minggu untuk mempromosikan album dan juga persembahan pentas. Kalau untuk Malaysia, saya akan datang apabila ada cuti panjang. Jadi tidak menganggu kedua-dua tugas saya”, ujar anak kesayangan Datuk Seri Utama Tengku Adnan.

Album Isi Hati ini mempunyai sepuluh buah lagu antaranya Cinta Datang Dan Pergi duet bersama Al, Love Will Find A Way duet bersama Glenn, Sayang dan Januari Yang Indah.

Foto kredit & sumber: Ina Mohd Sinar FM

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pengalaman Budiey Berjimba di Tokyo DisneySea, Apa Yang Menariknya?

Filem OLABOLA Bakal Ke Festival Filem Di Taipei