Menerusi Kosmo Online merujuk kepada temu bual yang dinyatakan dalam Melodi semalam, Nadia memaklumkan bahawa suaminya, iaitu Mu’izz Nasruddin, 28 sudah pun membuat permohonan cerai.
Tunggu tarikh dari mahkamah
Ketika dihubungi Kosmo, Nadia mengakui perkara itu benar dan sedang menunggu tarikh untuk hadir ke mahkamah.
“Ya, dia sudah failkan perceraian dan kini tunggu tarikh untuk kami hadir ke mahkamah,”
“Status sekarang, pihak sana sudah failkan cuma mahkamah belum buka sebab pandemik Covid-19. Kemudian baru saja beroperasi semula pada 6 Disember lalu dan sekarang menunggu tarikh,”
– Nadia Brian
Dah Lama Berdiam Diri
Dalam Instagramnya juga, pelakon berusia 28 tahun itu telah mengeluarkan satu kenyataan dengan memberi bayangan akan menjawab segala tohmahan yang dikeluarkan selama ini berhubung dakwaan berlaku curang.
Tak Akan Maafkan Kecuali…
Namun begitu, Nadia dengan tegas menyatakan tidak akan memaafkan mereka yang menabur fitnah kepadanya melainkan individu tersebut tampil sendiri memohon maaf kepadanya serta ahli keluarga.
Pelakon utama filem Ratu Kala Jengking ini turut berharap agar orang ramai dapat mendoakan agar urusannya dipermudahkan kerana selama ini dia lebih banyak mendiamkan diri kerana enggan mengeruhkan lagi keadaan.
Terdahulu, Nadia dan pasangannya telah bernikah pada November 2019 selepas menjalinkan hubungan cinta dan dilamar dihadapan Eiffel Tower, Paris ketika bercuti di sana.
Namun begitu, mereka didakwa sudah tidak tinggal sebumbung selepas beberapa bulan menjalani hidup sebagai suami isteri dan Muiz memuat naik beberapa kenyataan di Instagram berhubung kait dengan perkahwinan mereka.