Berdasarkan InstaStories Nad yang memaparkan gambar suaminya mendukung dan menyusukan, bayi mereka difahamkan dilahirkan pada 10 Oktober lalu.
Berita gembira itu turut dimuat naik Ungku Ismail di laman Instagramnya.
Dengan kapsyen penuh cinta, beliau antara lain berkata:
“Cinta tidak semestinya berwarna merah. Selalunya ia berwarna putih.
“Selamat datang anakku ke dunia yang pastinya menjadi tempat untuk perjuangan namun dengan berdiri dalam perspektif Tuhan, ia menentukan kebahagiaanmu.
“Ahmadullahu basuh kuruh, Subhaanak Robbul Arsyil ‘Adzeem dan terima kasih sayangku @nad.zainal.”
Sementara itu, Nad Zainal menerusi Instagramnya berkongsi pengalaman awal berpantang di sebuah confinement centre.