Setelah berteka-teki beberapa ketika mengenai tarikh perkahwinannya, kini selebriti popular Nad Zainal telah mengumumkan akan berkahwin pada 18 Disember 2015.
Berita gembira ini dikongsikan bersama melalui Instagram peribadinya. Menurutnya, majlis perkahwinannya akan diadakan di Bukit Jelutong. Jejaka pilihan hati yang berjaya mencuri hatinya bernama Muhammad Faliq Amirudin.
Dipetik Nad Zainal berkata:
“Assalamualaikum, Ya benarlah khabar yang didengar dan kepada sesiapa yang mengenali secara peribadi atau tidak, jika saya pernah terguris atau menyakiti hati saya minta maaf dan saya berharap doa yang baik-baik sempena majlis yang bakal menjelang. Saya dan tunang bakal menamatkan zmn bujang pertengahan disember. Doakan yang terbaik. Terima kasih utk segala kritikan, sokongan selama ini.Terima kasih sekali lagi.”
Budiey doakan semoga segalanya berjalan lancar.