in , , ,

Nad Zainal Nafi Drama HATI YANG TERSAKITI Bukan Saduran The World Of The Married

Di slot Samarinda, Hati Yang Tersakiti, drama bersiri 15 episod terbitan oleh Art Ornament Sdn Bhd ini merupakan idea asal dan bukan adaptasi novel atau ‘remake’ mana-mana drama.

Pelakon drama Hati Yang Tersakiti, Nad Zainal mempertahankan karya arahan Feroz Kadir itu bukan saduran drama sensasi Korea, The World Of The Married (TWOTM).

Nad yang memegang watak Ramona Tahir dalam drama itu memberitahu, jalan cerita dan perkembangan watak dalam drama terbitan produksi Art Ornament Sdn Bhd itu berbeza.

Poster Hati Yang Tersakiti

“Mungkin persamaan daripada segi tema dan konflik rumah tangga. Namun, jalan cerita dan perkembangan watak berbeza sepenuhnya.

“Ada kemungkinan drama ini berkisar tiga watak utama lakonan saya, Remy Ishak dan Mimi Lana. Jadi ada yang pantas menganggap Hati Yang Tersakiti seperti drama TWOTM.

“Masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan. Sebaiknya, tontonlah sehingga episod ke-15 untuk menilai dan membuat kesimpulan,”

– Nad Zainal
Nad Zainal Nafi Drama HATI YANG TERSAKITI Bukan Saduran The World Of The Married

Drama Hati Yang Tersakiti mula disiarkan melalui slot Samarinda di TV3 sejak Khamis lalu. Drama ini menemui penonton setiap Isnin hingga Khamis pada jam 10 malam.

Sebelum ini, dihebahkan bahawa drama ini adalah idea asal dan bukan diadaptasi atau ‘remake’ daripada mana-mana drama lain.

Bercerita mengenai watak dibawa dalam drama itu, Nad yang pernah meraih trofi Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2014 memberitahu, Ramona adalah wanita ‘lurus’ yang hidup bahagia bersama suami, Haris lakonan Remy.

THE WORLD OF THE MARRIED
Poster The World Of The Married yang begitu daring

“Namun, Ramona kecewa tidak mampu memberi zuriat kepada Haris. Dia ada teman baik iaitu Farah lakonan Mimi Lana.

“Hendak dijadikan cerita, Farah sedang menunggu proses perceraian dengan suami dan Romana benarkan dia tinggal bersama.

“Tanpa diduga, berlakulah perkara yang tidak diduga… Kena tengok sampai habis drama ini,”

– Nad Zainal
Nad Zainal Nafi Drama HATI YANG TERSAKITI Bukan Saduran The World Of The Married

Nad atau nama penuh, Farah Nadia Zainal Abidin menyifatkan gandingannya bersama Remy dan Mimi cukup segar.

“Semua pelakon memberi idea dan menggalas tanggungjawab dengan baik. Saya dan Remy sudah empat kali bekerjasama dan masing-masing faham cara bekerja,”

– Nad Zainal

Nukilan skrip oleh Azril Hamzah dan diarahkan oleh Feroz Kadersebagai pengarah ini menampilkan gandingan mantap pelakon-pelakon hebat tanah air iaitu Remy Ishak, Nad Zainal, Mimi Lana dan Riz Amin.

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan Hati Yang Tersakiti menerusi slot Samarinda pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam mulai 15 Oktober 2020 di TV3. 

*Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mashaallah! Ini Komen Jujur dari PU Riz Buat Neelofa Yang Kini Berpurdah

tony fernandes airasia-2020

Perfect! Aplikasi airasia.com Super App Pelengkap Gaya Hidup Anda Setiap Hari