Pelakon Nad Zainal kini berada di unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Ampang Puteri dipercayai menghidap jangkitan kuman pada paru-paru.
Rakan baik kepada pelakon itu iaitu Aina Liza memaklumkan keadaan Nad berada dalam keadaan stabil namun masih dalam pantauan.
“Saya difahamkan Nad Zainal mengalami jangkitan kuman di paru-paru. Tapi saya tak tahu sebenarnya bila dia kena tu.
– Aina Liza
“Yang saya dapat maklumat dari pembantu peribadinya, dia baru saja dimasukkan ke ICU. Tapi doktor kata keadaannya stabil cuma masih di ICU,”
Dalam pada itu, rakannya itu turut memberitahu Nad sebelum ini ada melakukan pemeriksaan doktor.
“Sebelum ini dia memang ada pergi pemeriksaan doktor tapi ingatkan tak serius. Mungkin long covid tapi tulah saya pun tak berapa apsti apa,â€
– Aina Liza
Media hari ini melaporkan Nad, 32, dimasukkan ke ICU hospital swasta berkenaan selepas dua hari keadaan kesihatannya tidak begitu baik barangkali disebabkan simptom Long Covid.