in

Nad Zainal Bukan Anak Emas TV3

Pelakon yang sedang meningkat naik, Nad Zainal menjelaskan kemunculannya dalam dua buah drama bersiri iaitu Bukan Bidadari dan Putera Rayyan di saluran TV3 bukan bererti dia kini ‘anak emas’ stesen popular itu.

Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 22, sebaliknya berkata, peluang yang diberikan oleh pihak TV3 untuk menerajui dua buah drama tersebut adalah satu kepercayaan bermakna buatnya.

“Sejujurnya saya tidak pernah melihat kemunculan kerap saya di TV3 telah menjadikan saya ‘anak emas’ stesen itu sebaliknya ia adalah penghargaan dan kepercayaan yang cukup besar buat saya semenjak terlibat dalam dunia lakonan sejak tahun 2007.

“Saya juga sedar bukan mudah untuk muncul di TV3 tambahan pula saya adalah pelakon baru dan peluang berlakon dalam dua buah drama bersiri itu sangat saya hargai,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Tambah Nad, dia juga tidak menolak kemunculannya di stesen itu telah membuatkan dia semakin dikenali oleh peminat dan membuka peluang kepadanya untuk terus mengembangkan kerjaya seninya.

“Alhamdulillah tahun 2012 telah membuka banyak ruang kepada saya dan diwarnai dengan detik-detik manis dan berharap ia akan terus berkembang pada tahun hadapan,” ujarnya.

Nad memberitahu tahun 2012 telah banyak membuka ruang kepadanya untuk terus menapak dalam bidang lakonan.
Dalam pada itu, Nad berkata, populariti yang dikecapi menerusi dua buah drama di stesen tersebut bukanlah bererti dia tidak akan menerima tawaran berlakon untuk saluran lain selepas ini.

Sebaliknya kata Nad, dia ada berlakon untuk drama untuk stesen lain seperti RTM, TV9 dan Astro selain tidak pernah terlalu memilih tentang tawaran yang diterimanya.

“Saya tidak pernah meletakkan sebelum menerima sebarang tawaran stesen apakah yang akan menyiarkan drama tersebut malah sebelum ini banyak juga drama yang saya berlakon disiarkan di saluran lain selain TV3,” katanya.

Sementara itu, Nad memberitahu dia lebih gemar menerima satu tawaran pada setiap masa dan tidak mahu mengejar banyak projek kerana bimbang tidak dapat memberikan komitmen.

“Syukur tawaran berlakon memang banyak tetapi saya hanya akan ambil satu pada satu-satu masa kerana bimbang lakonan terjejas sekiranya menerima banyak dalam satu masa.

“Lebih baik buat apa yang termampu dan dapat memberikan kepuasan bukan sahaja kepada pihak produksi, penonton malah diri sendiri,” jelasnya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Keena Mentor Nyanyi Di Luar Negara Akibat Dipinggirkan

Senarai Program Terbaru Istana Budaya Sepanjang 2013