Memetik Kosmo, Nad berkata dia sama sekali tidak bermaksud mahu mendabik dada sebaliknya hidupnya tetap gembira serta hubungannya dengan bekas suami dan anak-anak baik-baik sahaja.
Bagaimanapun, ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu menegaskan kisah perceraian bukanlah perkara yang seronok untuk dikongsikan dan tetap enggan bercerta lanjut kisah kegagalan rumah tangganya.
“Saya tak mahu kongsi terlalu banyak hal peribadi kepada umum. Saya perlu menjaga hati banyak pihak, keluarga saya sendiri pun tidak gembira jika saya bercerita terlalu banyak.
“Perceraian ialah perkara yang sedih untuk dikongsi. Kalau boleh nak kongsi lebih banyak tentang kerjaya. Bagi saya tak penting,”
– Nad Zainal
Ditanya mengenai apa yang dipelajari tentang kegagalan rumah tangga yang dilaluinya, Nad berkata dia perlu melalui segala dugaan dengan matang.
“Kita mampu merancang sahaja dan tidak akan pernah tahu bahawa jodoh berakhir di situ. Usia pun sudah meningkat, jadi perlulah hadap semua ini dengan cara yang matang. Saya tak suka gaduh-gaduh.
“Buat masa sekarang tak terfikir perkahwinan kedua atau ketiga. Saya kini fokus dengan kerja dan ingin lakukan sesuatu yang belum pernah direalisasikan sebelum ini,†katanya.