Nabila berkata, peluang untuk muncul dalam pertandingan itu sudah lama dinantikannya sejak lagu Pematah Hati lagi, namun sekali lagi rezeki tidak berpihak pada dirinya. Beliau mengakui hatinya hancur kerana tidak dapat menyanyikan lagu sendiri-sendiri. Bagi peminat pula, inilah masanya, inilah peluangnya untuk membuktikan yang Nabila juga boleh dan berjaya menyanyikan lagu sendiri secara live selepas beliau dikecam teruk oleh netizen kerana tidak berjaya menyampaikan lagu PELUANG KEDUA di program MeleTop yang mana video tersebut telah tular di media sosial.
Nabila Razali percaya ada hikmahnya juga beliau tidak dapat buat persembahan di SFMM35. Mungkin tak nampak sekarang. Lagi pula proses ini panjang yang mana membabitkan latihan dan sebagainya.
Jika sekiranya Nabila menyanyikan lagu tersebut di SFMM35 mungkin ditakutkan beliau tak boleh beri komitmen dan akhirnya tidak dapat berikan apa yang sepatutnya. Dan ini menyebabkan pisang berbuah dua kali dan netizen sudah tentu akan mengecam dan mempersendakan Nabila Razali sekali lagi. Itu yang ditakutkan…
“Kalau peminat saya dengar dan hasilnya tidak seperti diharapkan ia akan menghancurkan hati mereka pula. Biarlah hati saya hancur awal daripada banyak lagi benda datang kemudian,”
– Nabila Razali
Nabila juga menjelaskan keputusan dibuat bukan gimik sebaliknya ia benar-benar membabitkan masalah kesihatan.
“Spekulasi yang timbul saya tidak tahu nak komen apa. Sebab ini bukan pertama kali kena. Sebelum ini pun saya sudah kena. Macam-macam sehingga orang tak tahu cerita pun mereka cakap saja. Jadi saya biarkan saja mereka berkata-kata.
“Sebab keadaan sekarang bukan main-main atau gimik. Ini memang membabitkan kesihatan saya. Kalau saya bagi kata-kata orang itu sebaliknya apa yang saya kena buat, mungkin perkara ini akan merosakkan kesihatan sendiri.
“Kalau betul orang cakap saya takut dan kena buat persembahan juga, bayangkan kalau saya buat juga dan itu malam terakhir boleh nyanyi, sedih untuk saya tapi ada orang lain yang seronok. Ini adalah punca pendapatan saya. Jadi saya fikir keadaan sekarang sebelum ia lebih teruk,”
– Nabila Razali
Ditanya mengenai penyanyi yang bakal menyanyikan Peluang Kedua pada SFMM 35 nanti, Nabila tidak boleh berkongsi lanjut.
“Insya Allah, penyanyi gantian ini akan memberikan impak besar daripada apa yang saya boleh bagi. Siapa yang akan nyanyi, tak boleh kongsi lagi. Kalau diberi pilihan, saya tak boleh letak nama siapa-siapa. Cukup untuk saya tahu dia boleh beri rasa dan impak sama untuk SFMM 35 nanti,”
– Nabila Razali
Episod ketiga SFMM 35 yang dijadual berlangsung pada Ahad lalu terpaksa ditunda ekoran penyanyi Alif Satar disahkan positif Covid-19 yang juga terbabit dalam pertandingan itu pada Jumaat lalu.
Difahamkan episod ketiga SFMM 35 akan disambung selepas 14 hari iaitu tempoh kuarantin bagi semua kru, pengacara dan penyanyi terbabit tamat.
Sama-sama kita tunggu siapakah penyanyi yang akan menggantikan Nabila Razali. Budiey perpendapat, elok benar kasi je dekat Hael Husaini menyanyikan lagu ini sebab Hael Husaini adalah pencipta lagu ini dan video nyanyian Hael Husaini telah trending di Youtube.
Selain nama Hael Husaini ada beberapa penyanyi yang dicadangkan antaranya, Khai Bahar, Neeta Manisha, Aina Abdul dan Sarah Suhairi. Semua senarai penyanyi ni memang mantap=mantap belaka.
Apa pula pendapat korang, siapakah yang layak menyanyikan lagu PELUANG KEDUA? Korang boleh letakkan pendapat anda di ruangan komen di bawah ini. Siapa la yang layak nyanyi lagu ni ek?
*Sumber: Harian Metro