in , , ,

Nabila Razali Mangsa Dendam Shukri Yahaya dalam PESAN PADA HATI

Shukri Yahaya berkasar pada Nabila Razali kerana dendam? Nabila Razali dikatakan pernah bercinta tetapi meninggalkannya suatu waktu dahulu.

Disebabkan itu, Shukri menyimpan dendam pada Nabila. Tetapi dendam Shukri pada Nabila sebenarnya hanyalah dalam drama. Mereka berdua akan bergandingan dalam drama terbaharu yang bakal bersiaran di slot Lestary iaitu Pesan Pada Hati mulai 25 Oktober ini. 

Selain Shukri  Yahaya dan Nabila Razali, drama arahan terakhir pengarah allahyarham Raja Ahmad Alauddin ini turut dilakonkan oleh Sara Ali, Jasmin Hamid, Liza Abdullah, Anne Abdullah, Arja Lee, Chacha Maembong dan ramai lagi.

PESAN PADA HATI

Pesan Pada Hati mengisahkan mengenai Yusuf dan Zulaikha yang jatuh cinta namun terputus di tengah jalan. Pertemuan pertama akibat perselisihan faham di stesen komuter di antara Yusuf (Shukri Yahaya) dan Zulaikha (Nabila Razali) yang tidak disangka dalam diam telah menimbulkan bibit cinta secara tidak sengaja. 

Pada awalnya, Zulaikha tidak menyukai Yusuf dan sering jual mahal apabila Yusuf ingin mendekatinya. Zulaikha juga risau kerana ibunya, Hajar (Liza Abdullah) pernah berpesan untuk tidak jatuh cinta pada lelaki di Kuala Lumpur. Hajar kecewa apabila anak yang paling disayanginya, Aakif tidak pernah pulang ke kampung lagi setelah berkahwin dengan gadis bandar. 

Yusuf telah melamar Zulaikha tetapi Zulaikha perlukan masa untuk memujuk Hajar. Pada hari yang sama Zulaikha pulang ke kampung untuk memberitahu mengenai lamaran Yusuf, mereka dikejutkan dengan berita kemalangan yang telah meragut nyawa Aakif dan isterinya Maryam. Kematian Aakif memberi kesan kepada Zulaikha. Zulaikha tidak sampai hati ingin melukakan hati Hajar lagi jika dia memberitahu yang dia ingin berkahwin dengan Yusuf. 

Zulaikha akhirnya membuat keputusan untuk memutuskan perhubungannya dengan Yusuf dan tidak lagi kembali ke Kuala Lumpur. Yusuf kecewa kerana Zulaikha menghilangkan diri tanpa khabar berita. 

PESAN PADA HATI

Semenjak itu, Yusuf sedikit sebanyak mula mengubah jalan hidupnya. Pelbagai kejadian yang menimpanya membuatkan Yusuf bermuhasabah diri.

Yusuf meninggalkan hobi dan perangai lamanya. Rubi (Jasmin Hamid), ibu Yusuf, gembira melihat perubahan Yusuf. Rubi terfikir adakah Yusuf masih mencintai Zulaikha. Rubi yakin Yusuf masih menanti Zulaikha walaupun Yusuf tidak menunjukkannya. Takdir seperti mempermainkan mereka, apabila mereka kembali bertemu dan mengetahui bahawa Maryam merupakan kakak kepada Yusuf.

PESAN PADA HATI

Semuanya terjadi apabila Zulaikha perlu mencari keluarga Maryam untuk meminta pertolongan membiayai rawatan Dayyan, anak Akif dan Maryam yang jatuh sakit. Yusuf pula masih menyimpan dendam atas kematian Maryam dan menjadikan Zulaikha sebagai tempat untuk dia membalas dendam. Yusuf setuju untuk membantu, tetapi dengan syarat Zulaikha perlu menjadi hambanya. 

Mungkinkah tiada lagi cinta di hati Yusuf buat Zulaikha? Pastikan anda tonton kesudahan cinta di antara Yusuf dan Zulaikha ini setiap hari Rabu hingga Jumaat, jam 9.00 malam di TV3. Ikuti juga lama sosial Facebook, Twitter, Youtube,  dan Instagram TV3 serta instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat untuk info menarik mengenai drama Pesan Pada Hati. 

PESAN PADA HATI
PESAN PADA HATI
PESAN PADA HATI
PESAN PADA HATI
PESAN PADA HATI
PESAN PADA HATI
PESAN PADA HATI

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siapa RACUN HATI Ara Johari?

Sinopsis Drama Bersiri SURI KATRIANA Lakonan Ernie Zakri & Ummi Nazeera