Lebih menarik muzik video Peluang Kedua ini turut berkolaborasi bersama penyanyi rap terkenal MK daripada kumpulan K-Clique sebagai nafas baharu istimewa untuk muzik video berkenaan. Nabila berkata, muzik video Peluang Kedua merupakan hadiah kepada pendengar yang menjadikan lagu itu juara di semua carta radio, streaming termasuk carta RIM.
“Alhamdulillah, selepas lama menunggu akhirnya siap juga muzik video Peluang Kedua. Pada awal perancangannya MV ini sepatutnya dilancarkan sekali dengan lagu tapi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan kami terpaksa menangguhkan penggambaran. Saya anggap ada hikmah disebalik ujian itu,”
– Nabila Razali
Lagu ciptaan Hael Husaini dan MFMF ini mendapat sambutan dan menjuarai semua carta radio dan streaming termasuk carta RIM sejak dilancarkan pada April lalu.
Dalam pada itu, pemilihan MK sebagai rakan duet dan hero dalam muzik video ini bakal memberikan kelainan berikutan ia kali pertama penyanyi itu berlakon dan menyanyi lagu berunsur cinta.
“Sebenarnya lama juga kami mencari hero untuk muzik video ini. Ramai nama yang muncul dan sesuai untuk muzik video itu tapi dalam ramai-ramai itu MK paling mendapat perhatian. Dia boleh menyanyi rap dan beri aura baru kepada lagu asal,” ujarnya.
– Nabila Razali
Sementara itu, Nabila berkata, muzik video ini diadakan di Cameron Highland, Pahang selama dua hari.
Muzik video Peluang Kedua ini ditaja oleh Hotlink sebagai penaja utama, penaja bersama Toyota, Yanzi Cosmetics & Elegant Whitening Emulsion.
Lagu Peluang Kedua versi baharu terbitan Nabila Razali Entertainment dan Edaran Universal Music Malaysia ini boleh didapati di platform digital seperti Spotify, Apple Music, iTunes, JOOX, KKBox dan juga Deezer di semua pelantar streaming minggu ini.