in , ,

Kesinambungan Lagu Putus, Nabila Razali Lancar Novel KERANA CINTA ITU ADA

Selepas lima bulan melancarkan single Putus, penyanyi Nabila Razali meluahkan rasa syukur apabila lagu terbaharunya itu menerima respons positif peminat dan sering dimainkan dicorong-corong radio.

Apa yang menarik Putus merupakan lagu pertama sentuhan Nabila sendiri bersama komposer Singapura Erwin Purnama dan kini telah mencapai jumlah 4 juta tontonan dilaman Youtube. Lagu Putus juga merupakan lagu kedua terbitan Nabila Razali Entertainment dan diedarkan oleh Universal Music Malaysia.

Bagi meneruskan kesinambungan lagu Putus, Nabila hari ini melancarkan novel berjudul Kerana Cinta Itu Ada yang ditulis oleh novelis popular Sophilea. 

Sophilea mempunyai peminat sendiri dalam kalangan pembaca novel dan popular dengan beberapa karya antaranya Anugerah Terindah, Kerana Kau Aku Kembali dan banyak lagi. Beliau juga dinobatkan sebagai Penulis Prolifik

Nabila Razali

Bercakap tentang idea bagi menghasilkan novel ini, Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Binti Mohd Razali, 29, berkata, dia menyedari jalan cerita lagu Putus menarik untuk dikembangkan kepada sebuah naskhah novel. 

“Bagi saya lagu Putus mempunyai jalan cerita yang menarik iaitu tentang seorang gadis yang nekad untuk mengakhiri hubungannya dengan kekasih yang tetap melukainya walaupun telah diberikan peluang kedua. 

“Banyak lagi yang saya ingin ceritakan dalam lagu namun ianya terbatas. Jadi saya ambil peluang itu untuk mengembangkan lagi menjadi novel. 

“Alhamdulillah saya bersyukur dapat bekerjasama dengan novelis terkenal Sophilea yang menunaikan impian saya untuk menjadikan ia sebagai satu karya hebat,” ujarnya. 

Selain novel, Nabila juga merancang untuk mengadaptasikan karya tersebut kepada sebuah drama selepas ini. 

Novel Kerana Cinta Itu Ada diedarkan oleh Mask Team dan boleh didapati secara dalam talian bermula 14 Mac dengan harga RM35 bagi Semenanjung Malaysia, manakala RM38 di Sabah dan Sarawak. 

Novel ini juga bakal berada di kedai buku seluruh Malaysia dalam masa terdekat. 

Nabila Razali

Kerana Cinta Itu Ada mengisahkan tentang seorang gadis bernama Nabila Aulia, graduan lulusan pengurusan perniagaan yang kini mengusahakan resort keluarganya. 

Ketika bekerja di situ, Nabila Aulia (ataupun lebih mesra dipanggil, Bella) telah bertemu dengan Tengku Aisy Mateen, yang merupakan anak pemilik hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Selepas beberapa pertemuan romantis yang tidak dijangka, membuatkan mereka berdua jatuh cinta. 

Pada Bella, Aisy merupakan lelaki paling hebat yang pernah hadir dalam hidupnya. Manakala bagi Aisy, Nabila bukan hanya seorang gadis biasa tapi bidadari yang Allah kirimkan dari syurga. Villa Paksina menjadi saksi kisah cinta mereka.

Namun hubungan percintaan ini putus di tengah jalan dek kerana fitnah oleh kawan baik Bella sendiri, Dahlia Rizal yang semenjak dahulu sentiasa menyimpan rasa cemburu dan sakit hati pada kawan baiknya. 

Bella membawa diri bertahun-tahun lamanya dan Aisy tetap setia menanti. Hatinya yang terluka buatkan Bella membenci Tengku Aisy tanpa tahu antara dia dan Aisy masih terikat dalam hubungan suami isteri.

Dapatkah hubungan cinta mereka kembali terjalin atau terpaksa mengambil keputusan untuk melepaskan? Jawapannya ada dalam novel Kerana Cinta Itu Ada.

ORDER LINK: https://keranacintaituada.onpay.my/  

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Meer Nash Kembali Dengan Karya MFMF Berjudul KEMBALI

Iskandar Vokalis Projector Band Muncul Dengan Single Solo INDAH INTAN