Pernah mencuri tumpuan ramai dengan persembahan pada malam Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL 35), penyanyi Nabila Razali ada menerima ‘komen’ daripada seorang penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun yang mempersoalkan nyanyian beliau.
Namun bersempena Hari Raya Aidilfitri, Nabila dan Hafiz telah muncul dalam rakaman Melodi Raya 2021 episod 1 yang disiarkan di TV3 pada 16 Mei 2021.
Kedua-dua penyanyi itu muncul untuk segmen Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih yang mana sesuailah untuk melupakan perkara yang kurang enak terjadi antara mereka.
“Segment Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih juga mempertemukan @nabila.razali dan @hafizhamidun dalam
MELODI RAYA 2021 Episod 1,
16 Mei 2021 (Ahad)
12 Tengahari hanya di TV3 ♥️
#MelodiRaya2021″
Namun pada ruangan komen, ada netizen yang mahu pengacara rancangan itu, Janna Nick supaya berbaik dengan pelakon dan penerbit, Sheila Rusly.
Ini kerana Janna dan Sheila yang dahulunya sangat akrab sudah lama tidak kelihatan bersama.
Bagus juga cadangan itu kerana antara Janna dan Sheila masih menjadi tanda tanya bagaimana hubungan antara mereka.