Umum mengetahui, pelakon, Nabila Huda telah menggalas tanggungjawab sebagai pengacara Melodi sejak 25 Julai yang lalu. Meskipun terpaksa keluar dari comfort zone, Nabila Huda dilihat cuba sedaya upaya memberikan yang terbaik buat para penonton.
Atas cadangan ramai, lagi sekali saya keluarkan duit beli teleprompter demi #Virtualhosting ! Janji ni last. Dah tak payah suggest apa-apa lagi please. Bahaya! Haha. Jadi equipment i dah complete! Korang tak tengok #Meloditv3 siap eh. Jaga kau eh!
– Nabila Huda
Di Instagram, Nabila memberitahu kepada umum bahawa dia sudah membeli sebuah teleprompter seperti yang disarankan oleh para pengikutnya di media sosial sebelum ini. Tambah Nabila, dengan adanya teleprompter tersebut, sedikit sebanyak dapat membantu urusannya ketika ‘virtualhosting’ nanti.
Terdahulu, Nabila memuat naik sebuah video disebalik tabir mengenai proses rakaman Melodi. Menurut Nabila, dia dibantu oleh beberapa orang sahabat termasuk anaknya sendiri iaitu Keisha. Sebagai anak seni, Nabila mahu memberi hasil yang terbaik buat para penonton.
Di ruangan komen, bekas pengacara Melodi iaitu Awal Ashaari memberi nasihat kepada Nabila Huda agar tidak menggunakan teleprompter ketika mengendalikan program tersebut. Ujar Awal, Nabila perlu melakukan banyak latihan dan penonton setia Melodi akan nampak hasil tersebut tidak lama lagi.
Selain Awal, beberapa rakan artis turut memberi pujian kepada Nabila di atas usaha yang dilakukan itu.