in ,

Nabila Huda Mahu Bercerai

Dipetik dari Media Hiburan: Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja industri dikejutkan dengan khabar pelakon versatil Nabila Huda Suhaimi, 27, memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya Zaidi Zailani, 30, selepas tiga tahun hidup berumah tangga.

Pun begitu, permohonan cerai yang hendak difailkan semalam, 22 Ogos di Pejabat Kadi Bahagian Perkahwinan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) tidak dapat diteruskan kerana Nabila terlupa membawa sijil nikah mereka.

nabila-huda

Nabila yang dihubungi MH Online berkata;

“Memang tidak bagus bila hendak berpisah. Pada awalnya saya cuba untuk bertahan, tetapi bila fikir balik memang tidak boleh. Kiranya, jalan terakhir adalah bercerai dan ini adalah yang terbaik buat kami berdua. Buat apa hidup bersama jika tidak gembira. Dan itulah yang saya rasakan selama tempoh kami berkahwin.”

Ditanyakan lebih lanjut, apakah permasalahan yang wujud dalam rumah tangga mereka, Nabila atau lebih mesra disapa Abil mengakui sudah tidak wujud persefahaman antara mereka.

“Saya tidak boleh rasa sangsi terhadap suami. Saya akui kekurangan saya dan saya terima juga kekurangan suami. Tidak perlu untuk burukkan sesiapa bila perkara sebegini terjadi.

“Apa yang saya boleh katakan, memang sudah tidak ada persefahaman antara kami. Saya anggap cukup di sini sahaja jodoh kami berdua,” ujar Abil lagi yang menafikan wujudnya orang ketiga di dalam hubungan mereka.

Papa Tidak Tahu

Nabila juga memberitahu yang mana masalahnya ini tidak diketahui oleh bapa mahupun keluarganya yang lain.

“Saya tidak beritahu pun pada papa dan keluarga yang lain. Semuanya saya buat sendiri. Apa yang berlaku selepas ini pun saya akan lalui dan terimanya seorang diri,” ujarnya lagi.

Nabila dan Zaidi bernikah pada 6 Disember 2008 dan dikurniakan cahaya mata sulung mereka pada 11 Mei 2010 iaitu Keisha Laila.

Nabila Huda mahu menyelesaikan kemelut rumah tangganya secepat mungkin kerana masalah yang membelenggu dirinya dan suami berlarutan lebih dua tahun sebelum disahkan hamil lagi.

“Saya tidak nafikan suami saya seorang yang baik cuma ada beberapa perkara yang menghalang saya meneruskan hidup bersamanya. Apabila melahirkan anak (Keisha) saya harapkan ada perubahan dalam perhubungan kami. Bukan itu saja, memikirkan kesihatan juga membuatkan saya menangguh hasrat hati”

Kata Nabila Huda Suhaimi yang mesra dipanggil Abil ketika ditemui di Pejabat Kadi Bahagian Perkahwinan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), di sini semalam.

Dia yang terkejut kehadiran jurugambar The New Straits Times Press (M) Bhd, (NSTP) di pekarangan pejabat Jawi berkata, dia ke Jawi untuk memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Zaidy Zailani, 30, bagaimanapun tidak dapat berbuat demikian kerana tidak membawa sijil nikah.

Semoga sempena bulan yang berkat dan Syawal yang bakal tiba ini dapat membuka hati Nabila dan Zaidy untuk mencari dimana silapnya dan membaiki segala kekurangan diri. Kesian dengan baby Keisha.

Dipetik dari Portal Murai:  Tiada angin mahu pun gosip mengenai masalah rumahtangga, Murai Batu mendapat tahu rupanya pelakon, Nabila Huda mahu bercerai. Terkejut Murai Batu kerana sebelum ini kisah mengenai rumahtangga mereka langsung tak pernah dengar.

Tambahan lagi selepas melahirkan anak (Keisha), Murai Batu sangka kehidupan mereka bahagia saja. Benarlah kata orang air sungai yang tenang jangan disangka tak ada buaya.

Dengarnya Nabila Huda telah pergi menfailkan penceraian di Pejabat Kadi Bahagian Perkahwinan Agama Islam Wilayah Persekutuan semalam, setelah merasai kehidupan rumahtangganya bersama Zaidy Zailani yang dibina 3 tahun sudah tak mampu diselamatkan.

Itu antara sebab dia mahu menfailkan penceraian agar dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan segera. Memandangkan masalah antara mereka telah dipendam lama. Tetapi hasrat Nabila tertangguh apabila dia terlupa membawa surat nikah.

Hubungan mereka sememangnya telah pun bergelora sejak 2 tahun lalu, namun Nabila Huda mengharapkan selepas dikurniakan cahayamata segalanya dapat diatasi.Namun kemelut yang melanda mereka tetap juga tak dapat diselesaikan. Malah khabarnya ayahnya, rocker terkenal, Amy Search juga terkejut dengan apa yang berlaku.

Murai Batu pun tak boleh nak mengulas lanjut mengenai masalah dalam sesebuah rumahtangga. Pastinya keputusan yang dibuat oleh Nabila bersebab dan ada hikmah di sebalik segalanya. Doa Murai Batu semoga Nabila baik pun Zaidy dapat menempuh kehidupan yang lebih baik selepas ini. via Murai

Komen Amy Search (Bapa Nabila)

PETALING JAYA: Vokalis kumpulan Search, Suhaimi Abdul Rahman atau Amy ternyata terkejut dengan keputusan anaknya, Nabila Huda, 27, yang ingin memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya Zaidi Zailani, 30, selepas tiga tahun berumah tangga. Amy yang dihubungi mStar Online pagi Selasa berkata, dia hanya tahu mengenai tindakan anaknya yang merupakan seorang pelakon itu selepas membaca laporan di sebuah akhbar.

“Saya baru tahu tentang hal ini (mahu cerai). Itu pun selepas membaca akhbar hari ini (Selasa) yang melaporkan tentang tuntutan cerai anak saya. Memang saya terkejut dengan hal ini dan saya enggan memberi komen lebih-lebih kerana belum berjumpa dengan Nabila lagi,” katanya.

Nabila Huda

Nabila Huda

Ditanya adakah dia tahu selama ini Nabila mempunyai masalah rumah tangga, kata Amy, dia sekadar mendengar khabar angin sahaja tentang pergolakan rumah tangga anaknya itu tetapi tidak menganggapnya serius.

Sementara itu Nabila yang dihubungi tidak dapat memberi sebarang komen dengan alasan sibuk di lokasi penggambaran.

Nabila pada Rabu telah mengunjungi Pejabat Kadi Bahagian Perkahwinan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dekat sini untuk membuat permohonan cerai.

Bagaimanapun dia tidak dapat meneruskan hasratnya itu kerana terlupa membawa sijil nikahnya.

Hasil perkahwinannya Nabila dikurniakan seorang cahaya mata bernama Keisha Lalila yang kini berusia lebih setahun. via Mstar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Battleground 2011 Auditions

Bonet Kereta Saiful Apek Diisi Dengan Mayat?