in , ,

Nabila Bayar Nazar Bawa Ibu Bapa Tunai Umrah

Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali bersyukur, niat untuk membawa ibu dan bapanya menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah terlaksana, baru-baru ini.

Menurut Nabila, dia pernah bernazar untuk membawa mereka mengerjakan umrah sekiranya ditawarkan watak utama dalam drama, Hikayat Cinta Si Pematah Hati, dua tahun lalu.

Nabila Razali

“Itu nazar saya apabila terpilih membintangi drama itu. Agak lama juga niat itu tersimpan kerana wang belum cukup, selain faktor masa.

“Alhamdulillah, selepas berusaha keras, kami dapat juga mengerjakan umrah bersama-sama. Terasa nikmatnya apabila dapat membawa ibu dan ayah ke Makkah hasil titik peluh sendiri. Sukar untuk saya gambarkan perasaan itu,”

– Nabila Razali

Nabila atau nama penuhnya, Nur Nabila Mohd Razali berkata, mereka berada di sana selama dua minggu dan pulang ke tanah air, Sabtu lalu.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Pematah Hati itu juga bersyukur, urusannya sepanjang di Tanah Suci berjalan lancar.

Sementara itu, Nabila mengakui, ramai peminat yang teruja melihat penampilannya sepanjang di sana, malah berharap mereka terus mendoakannya untuk berubah menjadi insan yang lebih baik.

“Saya akan sentiasa beringat dalam setiap tindak tanduk, malah tidak akan lupa berusaha menjadi wanita Islam yang lebih baik berbanding semalam,”

– Nabila Razali
Sumber: Berita Harian
Nabila Razali

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Patung Comel Anggota BTS Dilancarkan Bulan April Tahun Ini

Kena Serangan Jantung, AR Badul Terima Sumbangan Finas