Tuah Nabil ke China
Nabil Zamanhuri, nama yang tidak pernah hilang dari persada seni muzik sejak beliau menyandang naib juara di Mentor Musim Pertama lima tahun dahulu. Beliau tetap bertahan walaupun banyak menghadapi saingan seperti kemunculan artis-artis baru. Nabil sedar dengan keadaan itu tetapi merasakan ianya seperti memberi satu semangat untuk terus berjuang.
Walaupun ada artikel yang memperkatakan bahawa lagu-lagu hasil ciptaan dan nyanyian beliau tidak memberi impak bagi kejayaan dan populariti Nabil.. Sudah pasti kenyataan tersebut salah sama sekali, kerana kejayaan Nabil memenangi dua anugerah di Beijing, China pada bulan April/Mei 2010 lalu, sempena Shanghai Muzik Festival 2010 cukup membuktikan kebolehannya. Lagu hasil ciptaan Nabil dan Lah Ahmad telah mendapat naib juara manakala menyandang Anugerah Artis Harapan Asia 2010.
Lagu hasil ciptaan dan Lirik Nabil berjudul “Hati Ini” di awal tahun 2006/2007 pernah menduduki No. 1 di Carta ERA, Hot FM, No 2 di Radio Ria Singapore, Brunei Radio Pelangi, Sabah FM dan Sarawak bahkan kerap dimainkan di radio.
Nabil juga telah banyak menerima undangan untuk membuat pertunjukkan serta tawaran berlakon dan kontrak untuk membuat album tetapi, ketika itu Nabil terpaksa membuat pilihan samada untuk meneruskan pelajaran dalam jurusan Sarjana Muda Filem dan Animasi ataupun kerjayanya sebagai Penyanyi/Penghibur.
Oleh kerana berkat kesabaran dan ketabahan hati untuk terus belajar Nabil dijangka akan tamat pengajiannya pada awal tahun 2011. Bagi Nabil, beliau tidak merasa terkilan kerana terpaksa membuat keputusan untuk mengundur diri sebagai Pengacara dari program Remaja TV3 dan aktiviti-aktiviti seni demi pengajiannya.
Pada Mei 2010 yang lalu Nabil Zamanhuri telah berjaya mengharumkan nama Negara dalam pertandingan The 11th Pan Asia Music Festival apabila memenangi 2 anugerah iaitu kategori Lagu ; Naib Juara Lagu Terbaik – Dari Jauh hasil ciptaan Lah Ahmad dan Nabil Zamanhuri dan anugerah “Asia Most Potential/Promising Singer 2010â€. Acara itu telah berlangsung di Beijing, China pada 28 April hingga 7 Mei 2010 yang lalu, Nabil bersaing bersama 31 lagi peserta daripada negara dari Sri Langka, Romania, Thailand, Finland, Malta, Khazaktan, Bulgaria, China, Canada, Australia dan lain-lain.
Ternyata, peluang yang diberikan tidak disia-siakannya dan kali ini nama Nabil lebih kukuh dalam industri seni tempatan dan berjaya menonjolkan diri di peringkat antarabangsa.
Sekembali ke tanahair beliau sekali lagi telah diundang untuk mengadakan persembahan di sebuah stesyen TV Yunnan buat kali kedua pada awal bulan Jun 2010 yang lalu. Hasil dari kemenangan di Beijing tempoh hari dan juga berbekalkan semangat yang tidak pernah luntur, tuah masih menyebelahi nasib Nabil buat kali yang ketiga. Sekali lagi Nabil terpilih mewakili Malaysia, telah diundang oleh pihak Jawatankuasa Pengurusan Negara China dengan kerjasama PRISM Malaysia yang diterajui oleh Mr Ong Peng Chu, selaku Pengurus Besar ke stesyen TV Kunming City, Dian Chi Pan – Asian Culture and Art Festival bermulanya dari 22hb Julai hingga 27hb Julai 2010 ini.
Pihak Jawatankuasa Pengurusan Dian Chi Pan-Asia Festival Seni dan kebudayaan akan membiayai segala pembelanjaan dan penginapan selama Nabil dan pengurusannya berada di Kunming dari 23 Julai – 26 Julai 2010. “Syukur kepada Tuhan, usaha saya mendapat sambutan di luar jangkaan dan diterima oleh negara luar dengan bangganya setelah banyak berjumpa dengan mereka-mereka yang terlibat dalam dunia muzik merupakan satu pengalaman yang tidak boleh dijual beli. Sewaktu di sana kami telah diterima dan dilayani dengan amat baik sekali.
Nabil telah mendendangkan lagu hasil ciptaannya sendiri bersama Lah Ahmad yang merupakan lagu kesukaan peminat-peminat Nabil di Cina. Saya juga berasa amat bangga lagi kerana di antara 3 buah negara (Sri Lanka, Filipina, Thailand), Malaysia telah terpilih untuk membuat persembahan di sana,†cerita jejaka yang akan meningkat usianya, 23 tahun pada September ini.
Menurut kata pengurusan Nabil Productions, Puan Fatimah Abdullah berkata “Kemungkinan besar kami akan bekerjasama dengan pihak label di China untuk menghasilkan lagu berbahasa Cinaâ€. Ia masih dalam perundingan di antara pihak pengurusan dan pihak atasan. Di samping itu dapat menguatkan lagi persahabatan antara Malaysia dan China.
Selaras dengan populariti lagu Halimunan, pihak Maxis telah mengadakan promosi muat turun secara PERCUMA untuk Caller Ringtone Halimunan. Para pengguna Maxis tidak perlu membayar RM3.00 dan boleh mendapatkan Caller Ringtone Halimunan ini secara percuma untuk tempoh yang terhad. Pengguna hanya perlu mendail *131*157720# dan tekan SEND untuk mendapatkan Caller Ringtone Halimunan secara percuma. Terbaru Nabil sedang didalm pembikinan single terbarunya yang bakal keudara selepas hari raya nanti.