TUAH MAT DESPATCH
Tahniah Nabil! Anda memang layak menyandang juara Raja Lawak! Walaupun dikatakan Nabil mengalami demam panas di saat akhir, namun segala masalah tidak menjejaskan persembahan. Semacam sudah dapat diduga bekas Mat Despatch dan mekanik separuh masa ini bakal merangkul hadiah lumayan sang juara. Nabil berjaya membawa pulang sebuah kereta Nissan Latio (Sedan 1.8 Auto), wang tunai RM10,000, pakej percutian serta trofi. Tagline Lu Pikir La Sendiri juga rasanya sudah menjadi ikutan dan sebutan ramai.
Dengan memperolehi majoriti undian SMS sebanyak 77% mengalahkan Charm yang mendapat 19% undian dan NX3 yang hanya mendapat 4% sahaja, Nabil antara peserta kegemaran semenjak Gelanggang Raja Lawak pertama lagi. Menurut sumber, undian kali ini meningkat sebanyak 2 kali ganda berbanding pada musim lalu. Budiey rasa, ini berikutan daripada undian penonton yang begitu suka dengan gaya lawak Nabil yang dikatakan akan meletakkan nafas baru dalam stand-up comedy di Malaysia.
Nabil ternyata menggunakan ruang sepenuhnya untuk membawa karakter dracula yang menggunakan slang Chinese. Keunikan yang ditampilkan, penceritaan selamba dan lancar tersusun, senang difahami, penuh sinikal dan gurauan sinis, pedas tapi masih berlapik, mesra dengan mnida penonton dan padat dengan pengajaran mesej yang berguna… itulah kelebihan anak negeri Sembilan ini.
Nabil yang kelihatan tinggi lampai ini menerima ijazah lulus cemerlangnya dalam Raja Lawak kali ini. Pada Budiey, antara juara terbaik pernah dicipta oleh gelanggang lawak ini kerana Yus yang menjadi juara pada musim lepas tidaklah sehebat Nabil. Berbanding dengan Johan dan Zizan, Yus telah tenggelam dan jarang ditampilkan di Astro sendiri. Mengapa ini berlaku? Sudah tentu kerana semua ini atas pilihan penonton sendiri atau pihak Astro sendiri yang mahukan Johan dan Zizan lebih menonjol dari Yus.
Nabil telah mencipta wilayahnya sendiri dengan keyakinan yang dibina dengan graf yang semakin menaik setiap minggu. Malah Budiey rasa, pelawak yang terkenal sekarang ini pun tidak mampu untuk melakukan stand up comedy seperti mana Nabil. Budiey kita, Nabil bijak melakukan improvisasi dalam setiap cerita sehingga membuatkan penonton senak perut menahan ketawa.
Tidak dinafikan, macam penonton lain, Budiey rasa masa yang diberikan untuk Nabil tidak mencukupi sebab penonton mahukan lagi dan lagi dari Nabil. Kalau diberi peluang Nabil berlawak sejam pun saya nak dengar. Ketika di sidang media, Nabil mengatakan inilah kali pertama beliau mendapat gelaran JUARA dalam pertandingan. Nabil bersyukur sebab diberi peluang ini dan dia tak mengharapkan apa yang tidak pasti sebab rezeki Allah boleh diberi dan diambil balik. Dari situ, Nabil begitu humble sekali. Nabil juga tidak pernah ambil tugasan dengan sambil lewa dan cuba melakukannya sehabis baik.
CHARM TEMPAT KEDUA
Tempat kedua dimenangi kumpulan Cham yang meraih wang tunai RM8,000, pakej percutian dan trofi. Grup duo yang disertai oleh Muhammad Nizamudin Ahmad dan Asrul Zaidi Jamaluddin merupakan antara finalis yang sebenarnya berpengalaman dalam bidang lakonan. Asrul pernah menjadi pelakon tambahan dalam teater muzikal dan menjadi penyampai di Suria FM manakala Nizam pula pernah berlakon dalam satu sitcom. Mereka berjanji akan menggunakan platform Raja Lawak untuk membina semula karier sebagai pelawak dan bidang seni yang lain. Ini kerana mereka juga ada bakat dalam bidang nyanyian.
Charm ketika di pentas lebih tenang dan bersahaja. Secara spontan mereka bijak menarik perhatian penonton dengan gelagat mereka. Nampak mereka lebih selesa dengan gaya mulut dan percakapan yang rasa saya sudah pun dibuat oleh pelawak terkenal.
XN3 TANGGA KETIGA
XN3 (sebut = No Entry) yang hanya mendapat 4% undian SMS hanya mampu berada di tangga ketiga dan membawa pulang wang tunai RM5,000, pakej percutian dan trofi. Kumpulan yang terdiri dari Mohd Fadhil Mohd Nasir dan Norazhar Buyong ini kurang membina patch line yang kukuh untuk membuatkan penonton lebih selesa dengan lawak mereka. Kekemasan cerita tidak selari lantaran ada bahagian ada yang membosankan. Budiey rasa bosan dengan lawak yang diulang-ulang. Mereka kelihatan tidak all out untuk melakukan yang terbaik.
SHOW & TUGASAN
Persembahan dimulakan dengan intro lagu We Will Rock You versi parodi dan beberapa lagu yang menampilkan kesemua peserta untuk musim ini. Dua tugasan diberikan kepada finalis iaitu tema bebas dan tema ‘Inilah Cerita Saya’.
Selepas ini, Astro akan menerbitkan The Best of Raja Lawak yang menampilkan 3 finalis untuk setiap minggu.
ZIZAN & JOHAN PENYELAMAT
Budiey juga ingin mengucapkan tahniah buat hos Raja Lawak musim ini iaitu Zizan dan Johan kerana telah berjaya menghidupkan suasana dengan lawak-lawak spontan mereka. Meskipun ramai yang mengatakan mereka berdua ini terlalu over dan interprem kepada finalis yang lain, namun Budiey rasa itu sudah tanggungjawab mereka untuk memanaskan pentas dengan lawak sebegitu untuk tidak membosankan penonton.
OVER RUN?
Penganjuran hanya target untuk bersiaran selama 2 jam setengah sahaja namun, seperti biasa program final sebegini akan berlanjutan lebih satu jam. Tidak ketinggalam, Zaibo, Enot dan Harum Salim Bachik juga memberi peranan penting dalam memberi garis panduan kepada penonton dalam menentukan siapa yang terbaik. Salih Yaacob, Afdlin Shauki dan Mamat Khalid juga turut dijemput untuk memanaskan kerusi pengkritik secara bergilir untuk setiap peserta.
Antara selebriti yang hadir ialah bintang AF, Hazama, Leez, Farhan, Radhi Khalid, Lina Hangat, Farawahida, Rohana Jalil, Julie Dahlan, Anne Ngasri, penyampai Sinar FM; Subi, Jamal Jamaludin, Najman, Abby Fana, Datuk Aziz Satar, S. Shamsuddin dan ramai lagi.
[tags]juara raja lawak, Hazama, Leez, Farhan, Radhi Khalid, Lina Hangat, Farawahida, Rohana Jalil, Julie Dahlan, Anne Ngasri, penyampai Sinar FM, Subi, Jamal Jamaludin, Najman, Abby Fana, Datuk Aziz Satar, S. Shamsuddin, johan musim ke2, finalis, johan, zizan, charm raja lawak, xn3 raja lawak, nabil juara, negeri sembilan, stand up comedy[/tags]