Genap seminggu melahirkan cahaya mata sulung, pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir berkongsikan nama anak perempuan mereka yang diberi nama Ana Nayla.
Menerusi entri tersebut, pasanngan itu turut berkongsikan video pendek wajah anak mereka. Malah, pasangan itu turut membuka akaun Instagram anak mereka.
Lebih mengejutkan baru sahaja memuat naik posting pertama dua jam lalu, akaun Instagram Ana Layla sudah meraih 27,000 pengikut.
Rata-rata netizen memuji kecomelan anak pasangan itu serta teruja melihat warna mata Ana yang sangat cantik serta mendoakan menjadi anak yang solehah.
Mengikuti sunnah menyambut kelahiran bayi, Ayda dan suami, Nabil Mahir akhirnya mendedahkan nama dan wajah anak mereka kepada peminat pada hari ketujuh.
Menerusi satu hantaran di Instagram, pelantun lagu Pencuri Hati itu berkongsi satu video pendek yang memaparkan wajah puterinya yang diberi nama Ana Nayla.
Malah Ayda dan Nabil turut membuka sebuah akaun Instagram buat bayi mereka, @ananaylaofficial yang kini telah pun meraih lebih 39,000 pengikut.
Mata BabyWuvv Buat Ramai Terpegun Tengok – ‘Subhanallah Anugerah Terindah’
Perkongsian ini dengan pantas mencuri tumpuan peminat dan rakan selebriti yang memuji kecomelan Ana Nayla serta sepasang mata miliknya yang begitu cantik dan jernih.
Ana Nayla dilahirkan pada 21 September 2021, seminggu lebih awal dari tarikh yang dirancang dengan berat 2.77 kilogram pada pukul 7.07 malam.
Berita gembira itu dikongsi Nabil menerusi satu hantaran di Instagram. Dia memuat naik foto bersama bayinya sambil berkongsi keterujaannya menjadi bapa di ruangan kapsyen.
“Saya secara rasminya bergelar bapa! Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar dan pantas. @AydaJebat melahirkan Baby Wuvv pada jam 7.07pm dengan berat 2.77kg.
“Ayda & Baby sihat Alhamdulillah. Mereka hanya perlukan banyak rehat. Malam semalam dah mula bangun hampir setiap jam, tapi Alhamdulillah Baby senang dipujuk,” tulisnya.