SIAPA tak kenal pengacara dan pelawak terkenal, Nabil Ahmad memang dikenali dengan jenaka spontannya yang sering membuat penonton tidak kering gusi. Namun lain pula reaksi yang diberikan peminat apabila Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 38, apabila tular di media sosial setelah menyertai jemaah tabligh baru-baru ini.
Menurutnya, pada usia 37 tahun baru dia tahu tentang suasana beribadah (tahajud, qiamullail dan sebagainya) seperti itu. Dalam nada yang sebak, Nabil turut meluahkan rasa kesal dan sedih kerana dia tidak berbuat sedemikian lebih awal.
Dia turut menangis dan berkata pada usia sebegitu dia baru nak kenal Islam, baru kenal Nabi dan tahu tentang kisah-kisah Nabi. Katanya,
Suasana ni tak pernah tengok. Tahajud haritu bangun, adik-adik mengaji abang Nabil menangis dekat tempat ambil wuduk sana sorang-sorang.”
Tak pernah tengok, tak pernah tahu ada suasana macam ni. Tak pernah tahu. Bayangkan, umur 37 tahun tak pernah tahu ada suasana macam ini.”
Abang Nabil ni yang baru nak ‘masuk’ Islam, baru nak kenal Islam, baru kenal Nabi. Baru kenal Nabi siapa, baru nak menangis pasal Nabi. Apa Nabi buat dulu, sahabat buat dulu baru Abang Nabil tahu.”
– Nabil Ahmad
Berazam Nak Join Lagi Lepas Ni
Melalui video itu juga, Nabil berkata 3 hari yang dilaluinya bersama mereka itu adalah paling malu untuknya. Namun katanya, 3 hari tersebut cukup membahagiakannya kerana dia dapat kenal Islam dengan lebih dalam.
Jatuh cinta dengan jihad dalam menuntut ilmu agama, Nabil berazam ingin menyertai mereka lagi selepas ini untuk tempoh yang lebih lama.
3 hari inilah, hari paling malu dalam hidup saya. Hari pertama saya datang, adik tu baca Surah Nun tu saya malu ustaz. Saya tak pernah rasa semalu ni.”
Saya berazam lepas ni saya keluar 40 hari, lepas tu kita keluar 4 bulan. Doakan abang Nabil, abang Nabil azam bawak kawan-kawan.”
3 hari yang cukup bahagia, cukup hebat untuk abang Nabil. Alhamdulillah…”
– Nabil Ahmad
Perkongsian Nabil mendapat pujian dan membuatkan netizen sebak yang mendoakan agar azamnya itu dipermudahkan selain turut mendoakan agar dia terus istiqomah. Mereka turut berharap agar Nabil dapat mengajak rakan-rakan artis untuk sertai program sebegitu.
Semoga berita baik seperti ini menginsafkan kita semua. Amin.